Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

SILAP

BELUM NAMPAK JELAS LAGI PERJUANGAN ISMA INI, NAMA PERTUBUHAN "IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA" NAMUN PERJUANGANNYA UNTUK BANGSA MELAYU ! APAKAH MELAYU ITU ISLAM DAN ISLAM ITU MELAYU ? SILAP CAKAP KOT !

Thursday, June 19, 2014

Tindakan Menghina Bangsa Melayu?

Nor Saleha, 48, yang juga ketua wanita ISMA menyifatkan dakwaan terhadap suaminya sebagai satu tindakan menghina bangsa Melayu kerana suaminya hanya memperjuangkan maruah bangsa Melayu. Benarkah begitu?
'Suami saya simbol perjuangan bangsa Melayu' mk - 11:00AM - 19 Jun 2014
 
 
"Suami saya simbol perjuangan bangsa Melayu," kata Nor Saleha Mohd Salleh - isteri Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Abdullah Zaik Abdul Rahman.
 Nor Saleha (tengah) berkata demikian ketika ditemui pemberita semasa menunggu suaminya diikat jamin, selepas didakwa di Mahkamah Sesyen Kajang tuduhan menghasut di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948.

Beliau didakwa berikutan kenyataannya yang disiarkan dalam artikel bertajuk ‘Kedatangan pendatang Cina bersama penjajah British ke Tanah Melayu adalah satu pencerobohan’ dalam laman www.ismaweb.net.

Nor Saleha, 48, yang juga ketua wanita ISMA menyifatkan dakwaan terhadap suaminya sebagai satu tindakan menghina bangsa Melayu kerana suaminya hanya memperjuangkan maruah bangsa Melayu.

Sebelum itu, ahli ISMA berkumpul di luar kawasan Kompleks Mahkamah Kajang sejak jam 8 pagi, menunggu kedatangan Abdullah.

Abdullah tiba mahkamah bersama isterinya dan bertegur sapa dengan ahli ISMA yang menunggunya, sebelum menuju ke Mahkamah Sesyen yang terletak di tingkat 9 bangunan kompleks mahkamah itu.

Ketika ditemui Malaysiakini, Naib Presiden II ISMA Abdul Rahman Mat Dali pula berpendapat segala keputusan diserahkan kepada pihak mahkamah dan peguam untuk menyelesaikan perkara itu.

Lebih ramai

Beliau menegaskan ISMA hanya memperjuangkan masa depan bangsa Melayu dan tidak menggugat bangsa lain hidup dengan aman berlandaskan Perlembagaan Persekutuan.

"Kita bukan hasut. Kita cakap berdasarkan fakta, merujuk asal usul kita," katanya.

Sementara itu, seorang penyokong ISMA yang enggan namanya disebut memaklumkan mereka hadir hanya untuk mendengar perbicaraan pemimpin mereka.

"Ya, hari ini kita hadir tak ramai. Insya-Allah hari sebutan semula (pada) 18 Julai nanti, lebih ramai solidariti yang akan hadir menyokong presiden," katanya.

Sehubungan itu, tidak kelihatan sebarang poster ataupun sepanduk dibawa serta jumlah kehadiran mereka juga tidak ramai.

Selesai diikat jamin kompleks mahkamah kira-kira jam 10:30 pagi, Abdullah Zaik ditemui wakil beberapa NGO lain antaranya Pertubuhan Kebajikan Darul Islah Malaysia (PERKID) dan Pertubuhan Professional Muslim dan Ukhuwah Ummah (ProMuslim).

Kunjungan NGO Islam itu sebagai tanda sokongan kepada pemimpin tertinggi ISMA dalam perbicaraan hari ini.

3 orang berkata:

Anonymous said...

Perjuangan atas nama bangsa melayu adalah perjuangan sesat, yang dituntut memperjuangkan Islam (iman & akidah) Rasullulah tak mengaku umat.

Anonymous said...

Perjuangan atas nama bangsa melayu adalah perjuangan sesat, yang dituntut memperjuangkan Islam (iman & akidah) Rasullulah tak mengaku umat.

Anonymous said...

Sesiapa menghina islam kita akan tentang. Buat betul2 jgn cakap saja @ berpolitik saja. Itu baru betul. Jgn berfahaman mana2 parti

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.