Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

SANA SINI DATO' BELAKA

Ramai ayahanda guna gelaran Datuk tak sah
0
Ramai ayahanda guna gelaran Datuk tak sah
Syed Husain (tengah) bersama pemimpin NGO bertaraf ayahanda ketika sidang media semalam.
 
KUALA LUMPUR - Kira-kira 100 pemimpin pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di seluruh negara yang bertaraf ayahanda didakwa menggunakan gelaran Datuk dan Datuk Seri yang tidak diiktiraf. 
 
Pengerusi Eksekutif Yayasan Ayahanda SeMalaysia (Yas), Syed Hussain Al-Shahab yang mendedahkan perkara itu berkata, tindakan itu disifatkan mencemar atau menghina institusi raja-raja di Malaysia.

Menurutnya, secara tidak langsung menjejaskan nama NGO bertaraf ayahanda.

“Ayahanda pemimpin NGO, AJK, ahli-ahli ini tidak seharusnya membeli, menerima atau mengguna pakai gelaran-gelaran tersebut.

“Jadi kita minta mana-mana pemimpin mahupun ahli NGO bertaraf ayahanda ini hendaklah dengan serta-merta berhenti mengguna pakai serta membuat pengakuan secara umum untuk tidak lagi gunakan gelaran berkenaan,” katanya dalam satu sidang media, di sini, semalam.

Syed Hussain berkata, sejak dari awal lagi kerajaan mengisytiharkan bahawa semua gelaran Datuk atau Datuk Seri dari luar negara adalah tidak diiktiraf di Malaysia dan tidak boleh diguna pakai dalam sebarang majlis rasmi.

“Sebagai ayahanda pemimpin, AJK NGO bertaraf ayahanda semestinya selari dengan laungan perjuangan atau menjadi contoh masyarakat.

“Bukan dengan cara mengejar segala pangkat dan darjat yang merugikan, akhirnya masyarakat memandang serong dengan gelaran, pangkat, darjat yang tidak diiktiraf,” katanya.

Sebelum ini, media melaporkan tiada undang-undang khusus bagi mengawal perbuatan individu tertentu menganugerahkan darjah dan pingat sesuka hati dengan menggunakan pelbagai gelaran.

Mengulas lanjut, Syed Hussain berkata, undang-undang pemakaian darjah kebesaran persekutuan dan kerajaan negeri-negeri perlu disegerakan dan Yas bersedia memberi kerjasama kepada pihak berkuasa bagi mencari penyelesaian terbaik isu itu.

Ujarnya, penganugerahan dan pengiktirafan dari luar terhadap pemimpin NGO bukan perkara baharu sebaliknya berlaku sejak 20 tahun lalu.

“Jadi mereka ini juga perlu diberi ruang dan perhatian kerana mereka juga mempunyai jasa tersendiri. Maka Yas juga mencadangkan diwujudkan sebuah pusat penyelarasan darjah kebesaran Datuk.

“Adat budaya yang bertujuan antaranya mengenal pasti serta mengumpul dan mengawal selia, adat budaya atau tradisi yang tidak termasuk dalam kategori darjah kebesaran yang diiktiraf kerajaan,” katanya.
free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.