Pas tidak akan guna 'prinsip setuju untuk tidak bersetuju'
SHAH ALAM - Pas tidak akan bersetuju dengan prinsip 'bersetuju untuk
tidak bersetuju' sekiranya PKR mengemukakan prinsip tersebut pada masa
akan datang.
Ini kerana menurut Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man,
masing-masing mempunyai hak dan prinsip tersendiri dalam perjuangan
parti.
Semalam, Pakatan Harapan memaklumkan bahawa pihaknya tidak akan
menggunakan lagi prinsip 'bersetuju untuk tidak bersetuju' seperti mana
diamalkan dalam PR sebelum ini.
Ketika membentangkan Perjanjian Pakatan Harapan, Setiausaha Agung PKR,
Rafizi Ramli berkata, fasal pertama menghuraikan prinsip dalam membuat
keputusan bersama oleh ketiga-tiga parti yang diwujudkan untuk
melaksanakan keputusan yang diambil oleh Pakatan Harapan.
“Kita memang ada hak bersama (dalam sebuah pakatan) tetapi kita juga ada hak yang berbeza.
“Hak orang Islam untuk mengamalkan ajaran agama di negara sendiri tidak boleh dipertikai,” katanya kepada Sinar Online.
Bagaimanapun jelasnya, ia bukan isu berbangkit memandangkan PKR tidak pernah membawa soal tersebut kepada Pas.
“Perkara tersebut tidak perlu dibincangkan kerana mujurlah PKR memahami dan menghormati prinsip parti (Pas).
“PKR mungkin faham apa yang Pas perjuangkan, jadi tak mungkin PKR akan
bangkitkan semua itu.Memang ada perkara yang kita (parti) tak kan sama.
Kalau semua nak sama, nanti bercanggahlah dengan prinsip perjuangan
parti,” katanya lagi.
0 orang berkata:
Post a Comment