PRU-13: Najib jumpa ketua komponen BN dua jam
November 16, 2011
PUTRAJAYA, 16 Nov — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menemui pemimpin-pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN), yang dipercayai ada kaitan dengan persiapan bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13.
Pertemuan itu dipercayai membincangkan persiapan BN menghadapi pilihan raya, antara isu calon dan peruntukan kerusi.
Pertemuan kira-kira dua jam di kediaman rasmi Perdana Menteri di Kompleks Seri Perdana di sini, dipercayai adalah antara siri pertemuan yang diadakan parti itu, ketika pelbagai pihak menguar-uarkan pilihan raya umum ke-13 bakal diadakan dalam tempoh terdekat.
Antara pemimpin yang kelihatan memasuki kediaman rasmi Perdana Menteri ialah Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, lapor Bernama Online.
Selain itu, Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek; Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Tan Sri Abdul Taib Mahmud; Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP), Datuk M.Kayveas.
Presiden Gerakan, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon; Presiden Parti Liberal Demokratik (LDP), Datuk V.K. Liew; Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS), Datuk Seri Dr James Jemut Masing; Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), Tan Sri Joseph Pairin Kitingan dan Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
0 orang berkata:
Post a Comment