Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

TERMASUK KEMUNGKINAN BERSIH 3.0 ?

Najib: ‘Kami hanya bincang isu semasa malam tadi’

TERKINI @ 01:53:29 PM 16-11-2011
November 16, 2011
 
TANJUNG SEPAT, 16 Nov Datuk Seri Najib Razak menolak spekulasi bahawa pertemuan beliau dengan ketua parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) di Putrajaya malam tadi memfokus strategi persiapan menghadapi pilihan raya umum ke-13.

Pengerusi BN berkata, beliau memanggil pertemuan itu hanya untuk bertukar-tukar idea berkenaan isu-isu semasa.

Malah kata beliau, jadual ketatnya hanya membolehkan pertemuan itu diadakan malam tadi.

“Kami boleh bertemu bila-bila masa. Satu-satunya masa yang ada hanyalah malam tadi. Petang ini, saya akan pergi ke Bali. Malam tadi satu-satunya masa yang ada (untuk bertemu),” kata Perdana Menteri (gambar) kepada pemberita di sini hari ini.

Najib yang juga Presiden Umno hanya senyum dan menggeleng kepala apabila ditanya sama ada ada dibincangkan soal pembahagian kerusi pilihan raya, sambil berkata: “Mengapa anda begitu berminat? Tidak, bukan malam tadi.”

Pertemuan malam tadi berlangsung kira-kira dua jam di kediaman rasmi Perdana Menteri di Kompleks Seri Perdana, dipercayai adalah antara siri pertemuan yang diadakan perikatan itu, ketika pelbagai pihak menguar-uarkan pilihan raya umum ke-13 bakal diadakan dalam tempoh terdekat.

Pertemuan malam tadi diadakan dua jam selepas beliau tiba di tanah air setelah menghadiri Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik di Hawaii.

Semalam The Malaysian Insider membawa laporan bahawa Najib akan mengadakan pertemuan dengan ketua parti-parti komponen BN susulan mesyuarat Jumaat lalu, dipercayai bagi memperhalusi soal senarai calon dan pembahagian kerusi pilihan raya umum ke-13.

Najib yang mempengerusikan mesyuarat Dewan Tertinggi BN minggu lalu telah bertolak ke Hawaii sejurus selepas pertemuan itu untuk menghadiri Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik dan akan pulang ke tanah air petang semalam.

The Malaysian Insider difahamkan Najib memanggil pertemuan semalam sebab beliau akan menghadiri sidang kemuncak Asean dan Asia Timur selepas ini dan disusuli dengan Perhimpunan Agung Umno akhir bulan ini. Beliau dijangka akan bercuti bulan depan.

Spekulasi kononnya Najib akan mengumumkan pembubaran Parlimen Jumaat lalu bagi membolehkan pilihan raya umum ke-13 dipanggil meleset dengan beliau berkata tanggal 11.11.11 akan berlalu tanpa Parlimen dibubarkan, dan mesyuarat itu langsung tidak membincangkan mengenai tarikh pilihan raya.

Sebaliknya, Najib berkata ia cuma membincangkan usaha yang boleh dibuat untuk memperkuatkan BN supaya parti lebih mantap untuk menghadapi pilihan raya akan datang.

“Kita juga bincang pentingnya kita kembali kepada semangat dan prinsip BN iaitu hormat menghormati antara satu sama lain,” katanya.

Menurutnya, perbincangan melibatkan ketua parti-parti komponen BN itu juga tertumpu kepada hal kepentingan bersama.

Mandat semasa kerajaan pusat hanya akan berakhir April 2013. Pada Mac 2008, BN menang di 140 daripada 222 kawasan Parlimen yang ditandingi dan 307 daripada 505 kerusi Dewan Undangan Negeri.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.