Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

ANAK TAK SAH TARAF JPN JAWAB

Anak tak sah taraf: Jangan salahkan kami, kata JPN

November 09, 2011
 
KUALA LUMPUR, 9 Nov Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) meminta mana-mana pihak agar tidak menuding jari ke arah agensi itu dalam isu meletakkan nama bapa bagi  anak tak sah taraf, yang menjadi kontroversi sejak akhir-akhir ini, meskipun ada tuntutan hak sebagai bapa.

Semalam, Mufti Perlis Dr Juanda Jaya menasihatkan pasangan Muslim yang berhadapan dengan masalah dalam meletakkan nama keluarga bagi anak luar nikah atau bayi yang lahir dalam tempoh enam bulan selepas perkahwinan satu-satu pasangan agar membawa perkara itu ke mahkamah.

Juanda menegaskan keengganan JPN menerima pengakuan seseorang bapa sebenarnya memalukan mereka dan ia amat jelas bertentangan dengan Islam lebih-lebih lagi jika sudah ada fatwa negeri sebagaimana diputuskan oleh kerajaan negeri itu.

Menjawab kenyataan itu, Pegawai Perhubungan Awam JPN Jainisah Mohd Noor berkata, mana-mana bayi yang lahir dalam tempoh enam bulan selepas pasangan berkahwin dibenarkan untuk membawa nama bapanya.

Jelas beliau, segala hal berkaitan dengan kelahiran bayi Muslim merujuk kepada ketetapan dibuat Majlis Fatwa Kebangsaan dan JPN tidak seharusnya dipersalahkan dalam perkara itu.

"Sebenarnya pendaftaran anak Islam kita mengambil kira hukum hakam, hukum Islam yang mana Majlis Fatwa Kebangsaan tetapkan bayi dinasabkan nama bapa jika lahir dalam tempoh enam bulan qamariah," katanya kepada The Malaysian Insider.

"Yang kurang daripada itu Majlis Fatwa Kebangsaan tetapkan anak itu tidak boleh dinasabkan nama bapanya tapi kalau masukkan maklumat bapa tiada masalah. Maksudnya yang kurang daripada enam bulan dari tarikh pernikahan ibu bapa tidak boleh dan nama itu akan digantikan dengan Abdullah atau mana-mana 99 nama Allah (Asma al-Husna)."

Jainisah menambah, "kalau lebih dari enam bulan dari tarikh pernikahan anak itu boleh dinasabkan nama bapa, itu hukum Allah."

Kata beliau, semua pihak termasuk Juanda sepatutnya merujuk perkara itu kepada Majlis Fatwa Kebangsaan dan bukan menyalahkan JPN yang bertindak mengikut peraturan yang ditetapkan.

"Kami buat berdasarkan ketetapan Majlis Fatwa Kebangsaan, kalau Majlis Fatwa Kebangsaan kata OK, kami tiada masalah... kami hanya ikut apa yang ditetapkan.

"Untuk kanak-kanak Islam kami ikut apa yang telah ditetapkan dan jika ada perubahan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan kami akan ikut. Hal ehwal agama bukan terletak di JPN," katanya.

Juanda turut menyokong kenyataan beberapa sarjana agar pihak berkuasa khususnya Majlis Fatwa Kebangsaan meneliti perkara itu dengan segera.

Laporan media baru-baru ini menyebut maklumat mengenai individu yang mengaku bapa kepada anak luar nikah kini boleh dimasukkan dalam sijil kelahiran bayi berkenaan yang dikeluarkan JPN.

Maklumat itu berdasarkan pengakuan sebagai bapa bagi pasangan yang berkahwin kurang daripada enam bulan atau qamariah dan yang tidak berkahwin dengan syarat ibu dan lelaki itu menandatangani bersama borang permohonan. Ia selaras dengan Seksyen 13 Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957, Seksyen 10 Ordinan Sabah Cap 123 dan Seksyen 11 Ordinan Sarawak Cap 10 dan Pekeliling 8/2009 yang telah diedarkan kepada semua JPN negeri pada Ogos 2009.

Penjelasan itu dibuat dalam kertas kerja oleh Timbalan Pengarah Bahagian Kelahiran, Kematian dan Anak Angkat JPN, Noor Azliza Shaharuddin bersama Pegawai Undang-Undang JPN, Zarifah Zulghaffar di Kuala Terengganu pertengahan bulan lalu.

Jainisah sekali lagi menegaskan, segala prosedur dibuat JPN mengikut sistem sedia ada selain berdasarkan ketetapan Majlis Fatwa Kebangsaan.

"Memang tidak boleh salahkan JPN, kami hanya rekod dan daftar mengikut perundangan sedia ada, apa-apa masalah ia perlu dirujuk dengan Majlis Fatwa Kebangsaan sendiri," katanya.

15 orang berkata:

Anonymous said...

Bolehkah anak tidak sah taraf ini di bin / binti kan dengan nama Allah yg lain selain Abdullah.
Jika boleh,bagaimana cara untuk menukarnya dalam sijil kelahiran anak tersebut

Iera AdaMisha said...

Angkat sumpah kot kt mahkamah.. :-)

Unknown said...

Kalau tak boleh di bin / binti tak nak letak Abdullah letak nama anak saja boleh tak?

Unknown said...

Kalau tak boleh di bin / binti tak nak letak Abdullah letak nama anak saja boleh tak?

Unknown said...

oakley sunglasses sale
browns jerseys
bengals jersey
christian louboutin shoes
burberry canada
oklahoma city thunder jerseys
pandora jewellery
michael kors
reebok outlet
toms outlet

Unknown said...

ray ban sunglasses
moncler coats
true religion jeans
ray-ban sunglasses
mcm backpack
ray ban sunglasses
ray ban sunglasses
michael kors handbags
christian louboutin shoes
canada goose jackets
20170114lck

Unknown said...

michael kors handbags
coach factory outlet
adidas yeezy
mcm bags
burberry outlet
coach handbags
cheap pandora jewelry
columbia sportswear outlet
adidas originals
michael kors outlet online
20174.15wengdongdong

Unknown said...

Sy ingin bertanya.jika btol ia mnukr bin kpd Bapa beliau.adakh kte trus prgi ke JPN.jika boleh tujukn bgaimana ingin mmbuat prmohonan Ank TDK sah trf INI.

Unknown said...

Sya ingin bertanya ank yg 5 tahun bley tukar silji kelahiran untuk di bin kn nama bapak..ank lahir 2012 dn ibunya kahwin 2015

raybanoutlet001 said...

cheap oakley sunglasses
ralph lauren outlet
coach factory outlet
coach outlet
moncler outlet
nike shoes
cardinals jersey
cheap ray ban sunglasses
nike huarache
ecco sandals

raybanoutlet001 said...

zzzzz2018.5.9
coach outlet
polo homme pas chère
air jordan 8
michael kors outlet online
moncler jackets
ferragamo shoes
nike shoes
oakley sunglasses
coach factory outlet
ralph lauren outlet

jjjjjjjjjjjjj said...

adidas nmd
michael kors uk
yeezy boost
longchamp outlet
nmd
kobe 9
Kanye West shoes
kyrie shoes
kobe sneakers
nike roshe

jeje said...

adidas superstar
pandora jewelry
oakley sunglasses
skechers factory outlet
christian louboutin sale
pandora
polo ralph lauren
canada goose outlet
polo ralph lauren
ralph lauren outlet

5689 said...

zzzzz2018.8.15
yeezy
adidas superstar
nike air max 90
ugg boots on sale 70% off
tods shoes
ugg boots
louboutin shoes
moncler jackets
ralph lauren uk
christian louboutin outlet

5689 said...

zzzzz2018.9.4
nike shoes
canada goose jackets
off-white clothing
ugg boots
nike huarache
mlb shop
ray ban sunglasses
off white shoes
huaraches
coach outlet

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.