Kelantan dapat royalti petroleum 6 tahun lagi?
12 Zulhijjah 1432H. [MOD] -
KOTA BHARU,: Pengerusi Jawatankuasa Tuntutan Royalti Petroleum, Datuk Husam Musa menjangkakan rakyat Kelantan akan mendapat royalti petroleum paling lewat enam tahun lagi.
Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri berkata andaian itu berdasarkan kepada perlantikan Sultan Muhammad ke-V menjadi Timbalan Yang di-Pertuan Agong.
Beliau bercakap kepada pemberita pada Majlis Perasmian Penutup Mesyuarat Agung Tahunan Kali Pertama Sesi 2011/2012 Pertubuhan Sukarelawan Hijau Kelantan (Green V) di Gelanggang Seni, Jalan Mahmood dekat sini pagi tadi.
Turut hadir pada majlis yang turut diserikan Jamuan Hari Raya Haji itu Presiden Green V, Muhammad Adilan Mat Jusoh dan ahli jawatankuasa baru sesi 2011/2012.
Mesyuarat khas Majlis Raja-Raja dipengerusikan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah pertengahan Oktober lalu memilih Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah sebagai Yang di-Pertuan Agong berkuatkuasa 13 Disember hadapan.
Sementara Sultan Kelantan, Sultan Muhammad ke-V dipilih menjadi Timbalan Yang di-Pertuan Agong untuk tempoh sama.
Pemilihan dan perisytiharan it selaras dengan peruntukan Jadual Ketiga Perlembagaan Persekutuan.
“Iya, kenapa saya berkata demikian? Alhamdulillah, saya mengucap syukur kerana Sultan Muhammad ke-V diterima sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong.
“Dan insya Allah dipanjangkan usia, tidak ada apa-apa melintang baginda akan menjadi Yang di-Pertuan Agong, insya Allah. Justeru, pada waktu itu, tentulah baginda akan menyebelahi tuntutan rakyat Kelantan,” kata Husam penuh harapan.
Dalam perkembangan berkaitan, Husam berdoa semoga Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang menunaikan ibadah haji memperolehi haji mabrur.
0 orang berkata:
Post a Comment