Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

JIKA MENTERI HINA MAHKAMAH APA MAHKAMAH BOLEH BUAT ?



4/11/11

Anggap Auku relevan: Nazri hina mahkamah

KUALA LUMPUR 4 Nov: Kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz bahawa Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) masih kekal dan terus digunakan di universiti, disifatkan menghina mahkamah.
Ketua Penerangan Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Lee Khai Loon berkata, kenyataan Nazri itu sekali lagi menghakis sistem pengasingan kuasa antara badan eksekutif dan kehakiman di negara ini.
“Nazri Aziz cuba bermain dengan terminologi undang-undang dengan mendakwa kononnya keputusan Mahkamah Rayuan itu hanya satu pandangan institusi kehakiman sahaja.
“Namun, hakikatnya, majoriti rakyat menyambut baik keputusan Mahkamah Rayuan yang memutuskan Auku bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.
Beliau melihat kenyataan menteri itu juga sebagai ‘amaran’ terhadap mahasiswa bahawa usaha memansuhkan undang-undang zalim sangat sukar di bawah pentadbiran Datuk Seri Najib Razak.
“Auku bukan sekadar undang-undang lapuk, malah ia kerap dimanipulasi kerajaan Umno BN untuk mengekang kebebasan mahasiswa sejak ia dilulus parlimen pada 1971,” katanya.
Oleh itu, beliau mendesak pentadbiran Najib memberi jawapan segera secara rasmi bahawa Auku perlu dimansuh selaras dengan keputusan yang dibuat mahkamah itu.
“Kerajaan perlu akur bahawa prestasi akademik di Malaysia yang kian merosot adalah disebabkan kewujudan Auku yang menyekat kebebasan akademik,” katanya lagi.
Pada 31 Oktober lalu, mahkamah rayuan memutuskan seksyen 15 (5) dalam AUKU yang membenarkan universiti mengambil tindakan disiplin terhadap pelajarnya yang terlibat dalam parti politik sebagai tidak sah dan bertentangan dengan perlembagaan persekutuan.
Keputusan itu dibuat secara majoriti apabila Hakim Datuk Mohd Hishamudin Mohd Yunus dan Datuk Linton Albert membenarkan rayuan empat bekas mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang didakwa terlibat dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) di Hulu Selangor April 2010. keadilandaily

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.