AUKU: Kabinet serah Peguam Negara putus tindakan susulan
TERKINI @ 06:43:26 PM 04-11-2011
November 04, 2011
KUALA LUMPUR, 4 Nov — Kementerian Pengajian Tinggi menyerahkan kepada Peguam Negara dalam menentukan sama ada mahu meneruskan rayuan berhubung keputusan mahkamah awal minggu ini yang memutuskan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.
Menterinya Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata beliau telah memberi taklimat kepada Kabinet mengenai perkara itu hari ini dan diputuskan bahawa agar menunggu tindakan susulan Peguam Negara.
Semalam, Khaled berkata penelitian terhadap keputusan penghakiman sudah dibuat, kini bergantung kepada cadangan serta pendapat Kabinet sama ada wajar atau tidak untuk merayu.
Laporan media awal hari ini menyebut Kabinet telah memutuskan untuk membuat rayuan mengenai kes itu.
Naib Presiden MCA Gan Peng Siew yang juga Timbalan Menteri Belia dan Sukan dalam mesej Twitternya petang ini berkata, beliau menerima keputusan Kabinet itu.
“Sebagai sebahagian daripada pentadbiran, saya perlu menerima keputusan bersama Kabinet yang mahu mengemukakan rayuan (dalam kes empat pelajar) UKM,” katanya.
Beliau merupakan salah seorang daripada tiga Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) semalam berharap kerajaan tidak akan meneruskan rayuan ke peringkat lebih tinggi, sebaliknya memansuhkan seksyen tersebut.
Selain Gan, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah dan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berpendirian bahawa Seksyen 15 AUKU perlu dimansuhkan selaras dengan program transformasi politik.
Mereka juga menegaskan dengan keputusan Mahkamah Rayuan itu peruntukan 15(5)(a) sudah tidak lagi wujud dan kini mahasiswa bebas untuk berpolitik.
Isnin lalu, Mahkamah Rayuan memutuskan Seksyen 15(5)(a) AUKU yang melarang pelajar menyatakan sokongan dan simpati atau bangkangan kepada mana-mana parti politik dalam dan luar negara, adalah tidak sah dan bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.
Dalam keputusan majoriti 2-1, panel tiga hakim yang diketuai Datuk Wira Low Hop Bing memutuskan seksyen tersebut dalam AUKU itu tidak munasabah dan melanggar kebebasan bersuara.
Hakim Datuk Mohd Hishamuddin Mohd Yunus dan Datuk Linton Albert membenarkan rayuan empat penuntut jurusan sains politik UKM yang menghadapi tindakan disiplin kerana didakwa terbabit dalam kempen pilihan raya kecil Hulu Selangor pada 24 April 2010.
Muhammad Hilman Idham, Woon King Chai, Muhammad Ismail Aminuddin dan Azlin Shafina Mohamad Adza dalam saman pemula mendakwa mereka menerima notis dari UKM untuk menghadiri Lembaga Disiplin UKM bagi menjawab tuduhan melanggar Sesksyen 15(5)(a) Akta AUKU.
Kata mereka, bertolak daripada keputusan Mahkamah Rayuan tempoh hari, masa depan negara terletak pada bahu pelajar generasi masa depan.
“Kami berpegang bahawa hak pelajar untuk melahirkan sokongan, simpati atau bangkangan adalah langkah ke depan dalam melahirkan golongan yang dihormati, kritikal dan progresif, yang mahu membawa negara ini ke tahap lenih tinggi dalam tahun-tahun mendatang, dengan berani mahu mendapatkan kebenaran, mempertahankan keadilan dan mewarisi kebebasan tanpa mengira kaum, agama atau kelas,” kata mereka lagi.

0 orang berkata:
Post a Comment