Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

KERAJAAN SELANGOR TOLAK KENYATAAN MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN

NGO: MAS Kg Baru masih agensi bawah tadbiran Selangor

November 09, 2011

KUALA LUMPUR, 9 NovSekretariat Pembangunan Kampung Baru menolak kenyataan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar yang Sabtu lalu menegaskan bahawa kerajaan negeri Selangor tidak mempunyai kuasa ke atas Lembaga Pentadbir Pertanian Penempatan Pertanian Melayu (MAS) Kampung Baru.

Pengerusinya, Ahmad Zambri As'ad Khuzami yang dihubungi The Malaysian Insider semalam berkata, Kampung Baru secara fizikalnya terletak di bawah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Namun begitu, katanya, peruntukan dalam Enakmen Tanah Petempatan Pertanian Melayu 1950 menyatakan MAS tertakluk kepada bidang kuasa negeri Selangor.

"Bekas Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Astaman Aziz  pernah membangkitkan persoalan berkaitan undang-undang ini di Parlimen pada 27 Jun 2006, dan pada masa itu, jawapan yang diterima daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz menyatakan, Jabatan Peguam Negara sendiri mengesahkan bahawa Peraturan Penempatan Pertanian Melayu 1951, Warta Negeri Selangor No.50/1951 masih lagi berkuat kuasa sehingga hari ini.

"Seksyen 6(1) Akta Perlembagaan (Pindaan) 1974, Akta A 2006 menyatakan bahawa mana-mana undang-undang bertulis yang berkuat kuasa di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur hendaklah terus berkuat kuasa dalam wilayah terbabit sehinggalah undang-undang itu dimansuhkan, dipinda atau digantikan oleh undang-undang bertulis lain yang diluluskan oleh Parlimen," katanya yang mempertahankan tindakannya.

Sabtu lalu, Senator Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata, Menteri Besar Selangor tidak punya kuasa merombak kepimpinan tertinggi MAS Kampung Baru.

Katanya, MAS tidak berada dalam bidang kuasa kerajaan Selangor kerana pengerusinya sekarang adalah Datuk Bandar Kuala Lumpur dan kuasa merombak keanggotaan lembaga tersebut terletak di bawah kerajaan Persekutuan.

Tegas Zambri, Rang Undang-Undang Perbadanan Kampong Baru 2011 yang diluluskan di Dewan Rakyat tempoh hari juga tidak memansuhkan MAS dan itu menjadikan peraturan MAS masih lagi sah di bawah bidang kuasa kerajaan negeri Selangor.

"Sehingga kini, peraturan MAS tersebut tidak dimansuhkan walaupun Rang Undang-Undang Perbadanan Kampong Baru 2011 telah dipersetujui di Dewan Rakyat, ini menjadikan peraturan MAS masih lagi di bawah kerajaan negeri (Selangor)," tegasnya.

Zambri juga meminta Raja Nong Chik agar menyemak semula kenyataan beliau itu kerana dilihatnya bercanggah dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Peguam Negara dalam jawapan Nazri sebelum ini.

"Saya minta Raja Nong Chik mengkaji semula kenyataan beliau itu, saya baru kemukakan satu bukti, ada lagi dua, tiga bukti yang saya akan kemukan kemudian," tegasnya lagi.

Penghujung bulan lalu, Zambri mengeluarkan kenyataan bahawa kuasa yang ada pada Menteri Besar Selangor sepertimana yang tertakluk di bawah enakmen sedia ada, yang berada di bawah bidang kuasa negeri, untuk merombak ahli jawatankuasa MAS.

"Menteri Besar berkuasa melantik empat orang ahli manakala baki tujuh lagi merupakan ketua kampung yang akan dipilih berdasarkan suara dan pilihan penduduk kampung masing-masing," jelasnya.

Bagaimanapun Setiausaha Kehormat MAS Shamsuri Suradi menegaskan Menteri Besar Selangor tidak mempunyai kuasa veto untuk berbuat demikian.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.