Kes liwat Anwar: Hujahan akhir pembela 8, 9 Dis
November 10, 2011
KUALA LUMPUR, 10 Nov – Mahkamah Tinggi di sini menetapkan 8 dan 9 Disember ini sebagai tarikh baru penggulungan akhir hujah pembelaan kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah menetapkan tarikh baru itu selepas menemui pasukan pendakwaan dan pembelaan di kamarnya hari ini.
Sebelum ini, mahkamah melapangkan tarikh 23 dan 24 November ini untuk penggulungan hujah tersebut, lapor Bernama Online.
Peguam Anwar, S.N. Nair dalam kenyataan ringkas kepada media berkata hakim bersetuju dengan permohonan pihak pembelaan untuk melanjutkan tempoh memfailkan hujahan bertulis apabila mereka tidak dapat menyiapkan transkrip nota prosiding.
Anwar, 64, sedang dibicara berhubung tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan, 26, di Kondominium Desa Damansara di sini antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.
0 orang berkata:
Post a Comment