Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Nazri tahu le semua tu

Nazri: Tiada hubungan intim antara Saiful, DPP Farah Azlina

November 10, 2011
KUALA LUMPUR, 10 Nov Tiada bukti yang menunjukkan ada hubungan intim antara Mohd Saiful Bukhari Azlan, yang mendakwa diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan timbalan pendakwa raya Farah Azlina Latif, yang sebelum ini merupakan sebahagian daripada anggota pasukan pendakwa dalam kes itu.

Dalam jawapan bertulis, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz (gambar) memberitahu Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh bahawa Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail telah menyiasat dakwaan hubungan antara Saiful dan  Farah Azlina. “Tetapi dakwaan itu tidak berasas, tiada sebarang bukti kukuh,” kata Nazri.

Bagaimanapun menurut Nazri, yang juga Ahli Parlimen Padang Rengas itu, Farah Azlina telah digugurkan daripada pasukan pendakwaan bagi mengelakkan tuduhan susulan dalam kes liwat kedua melibatkan Anwar itu, yang sedang berlangsung sekarang.

Anwar, Ketua Pembangkang, telah berusaha untuk menggugurkan kes itu ekoran dakwaan pemblog kontroversial Raja Petra Kamarudin pada Ogos tahun lalu kononnya wujud hubungan seksual antara Saiful dan Farah Azlina.

Hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa tidak wujud salah guna proses memandangkan peranan Farah Azlina dalam perbicaraan semasa Anwar adalah terhad.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.