Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

PEKASAM JANGAN KACAU YEK !

Kongres ‘pilihan raya’ PKR ke Johor ‘Demi Rakyat’

November 16, 2011
 
16 Nov 011 Walaupun tiada tokoh nasional yang ramai dan tidak memenangi sebarang kerusi pada pilihan raya umum 2008 di Johor, ia tidak mematahkan semangat PKR untuk menerokai negeri selatan Semenanjung ini - lebih-lebih lagi membawa tirai kongres tahunan 2011.

PKR tidak memenangi sebarang kerusi di Johor. Rakannya dalam Pakatan Rakyat, DAP memenangi empat kerusi DUN manakala PAS pula dua kerusi daripada 56 kerusi DUN. Bagi kerusi Parlimen pula, DAP dapat menawan Bakri dari BN yang merupakan kerusi tunggal pembangkang.

Walaupun PKR tidak ada sebarang kerusi di Johor, ia akan menjadi peneraju Pakaran Rakyat dalam menghadapi BN pada pilihan raya umum akan datang.

Ia kelihatan seperti sesuatu yang mustahil untuk menumbangkan BN Johor yang mempunyai ramai tokoh ternama seperti Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Datuk Seri Ghani Othman, Tan Sri Syed Hamid Albar dan Datuk Shahrir Samad berbanding dengan Datuk Chua Jui Meng (bekas Menteri Kesihatan) yang kini mengepalai PKR Johor.

Dari enam kerusi Pakatan Rakyat yang sudah bertapak di Johor ini tidak mustahil dapat menumbangkan kerajaan BN.

Di atas senario inilah maka PKR buat julung kali mengadakan kongres nasional - kali kelapan di Johor Baru pada 25 hingga 27 November ini.

Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail berkata pihaknya yakin berdasarkan sambutan rakyat Johor terhadap pelbagai program Pakatan Rakyat yang diadakan di negeri itu sejak akhir-akhir ini.

“Atas sebab inilah maka kongres nasional PKR kali kelapan diadakan di Johor Baru,” kata beliau dalam sidang akhbar di ibu pejabat PKR di sini hari ini.

Kongres ini akan memberi tumpuan kepada Johor yang selama ini dianggap sebagai kubu kuat BN, kata wakil rakyat Machang ini.

Pihaknya yakin bahawa Pakatan Rakyat akan membuat kejutan di Johor kerana rakyat sudah muak dengan pelbagai penyelewengan didakwa dibawa BN.

“Walaupun Johor adalah kubu kuat BN tetapi Pakatan Rakyat akan beri tentangan yang hebat,” kata beliau.

Menyentuh mengenai kongres nasional PKR yang akan diadakan di Kulai Spring Resort, Saifuddin berkata seramai 2,534 orang perwakilan akan menghadiri kongres itu yang mewakili 218 cabang PKR dari seluruh negara.

Bertemakan “Demi Rakyat”, kongres itu membahaskan pelbagai isu menjelang pilihan raya umum.

“Kita akan mendedahkan lebih banyak lagi kemungkaran yang dilakukan BN seperti mana skandal NFC,” tegasnya lagi. Sehubungan itu beliau berharap para perwakilan dapat membahaskan pelbagai isu untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang.
Naib Presiden PKR Tian Chua pula berkata tumpuan kongres ini adalah tentang pilihan raya umum akan datang.

“Kami bersiap sedia untuk menghadapi pilihan raya. Pada asasnya ia adalah kongres pilihan raya bagi kami,” katanya dipetik Bernama Online.

Katanya Johor dipilih sebagai hos berdasarkan sistem penggiliran yang diamalkan oleh parti untuk mengadakan kongres nasional parti.

“Kami tidak pernah menganjurkan kongres di Johor. Sehubungan itu, ia diputuskan masa terbaik untuk kita berbuat demikian tahun ini. Lebih-lebih lagi Johor adalah kawasan baru bagi perjuangan kami,” tambahnya.

Berhubung pembahagian kerusi di kalangan PKR-DAP-PAS untuk pilihan raya akan datang, Tian Chua berkata ia telah hampir selesai melainkan untuk beberapa kerusi yang memerlukan perbincangan lanjut.

“Kali ini, tidak banyak isu seperti yang sudah-sudah. Kesemua 222 kerusi Parlimen, Pakatan Rakyat akan bertanding,” katanya.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.