Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

PKR AKAN BERKEMBANG MAKLUMAT

Bekas Brigadier Jeneral TUDM yang saman kerajaan sertai KEADILAN

KUALA LUMPUR 15 Nov: Umno-Barisan Nasional terus menerima pukulan apabila seorang bekas pesara kanan Tentera Udara di Raja Malaysia (TUDM), Brigadier Jeneral (B) Datuk Abdul Hadi Abdul Khatab menyertai KEADILAN.
Penyertaan Abdul Hadi diumum Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Taman Tun Abdul Razak, semalam.
Abdul Hadi yang pernah berkhidmat lebih 30 tahun dalam TUDM sebelum ini pernah menggemparkan negara apabila menyaman kerajaan Malaysia dan Panglima Angkatan Tentera, Tan Sri Azizan Ariffin pada 27 April 2010.
Saman tersebut berhubung pemecatan tidak sah ke atasnya berikutan kehilangan dua enjin jet pejuang F5E dari kem TUDM Sungai besi.
Selain beliau, turut memfailkan saman itu ialah Mejar Rusli Ibrahim, 48, Kolonel Mohamad Sani Sumarnak, 55, Mejar Noor Zelan Draman, 45, dan Leftenan Kolonel Mohamed Ariff Mohd Daud, 47.
Dalam saman pemula itu, mereka mendakwa Azizan atau Majlis Angkatan tentera Malaysia dalam surat bertarikh 5 November 2007 telah mengarahkan setiap seorang daripada mereka mengaku terhadap kehilangan enjin pesawat tersebut.
Kesemua mereka mendakwa ‘dipaksa untuk bersara” tanpa penjelasan atas salah laku yang dikatakan, sedangkan masih mempunyai kontrak pekerjaan yang sah.
Abdul Hadi kini merupakan penaung Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Tanjung Malim, Perak.
Terdahulu, pada majlis itu, Anwar melancarkan jentera pilihan raya dan Bilik Gerakan Utama Parlimen P99 Ampang.
Turut hadir Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin, Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali, ADUN Seri Andalas, Xavier Jayakumar dan Ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan, Hee Loy San dan Ahli Majlis Pimpinan Pusat, Khalid Jaafar.-Kd

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.