Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

PRU 13, BN/AGENSINYA AKAN LAKUKAN APA SAJA UNTUK MENANG

BN cipta pelbagai hantu takutkan orang Melayu
Posted on Monday, November 21 @ 00:00:00 PST by paktam

 
Oleh: ZULKIFLI YAHAYA
 
Jalan pintas untuk melarang anak kecil melakukan sesuatu yang dirasakan tidak baik oleh ibu bhttp://images.travelpod.com/tripwow/photos/ta-00d6-41a8-84bb/hantu-pocong-sesat-petaling-jaya-malaysia+1152_12962799539-tpfil02aw-24319.jpgapa ialah mengadakan cerita hantu. 

Akal kanak-kanak yang belum berkembang macam orang dewasa akan menelan bulat-bulat ancaman hantu oleh ibu bapa mereka. Mereka takutkan sesuatu yang mereka sendiri tidak pernah melihatnya.


 
Hari ini ramai merungut kerana lambakan cerita hantu dalam filem dan drama Melayu. Semua badan penyiaran di Malaysia, baik milik kerajaan mahupun swasta dikuasai sepenuhnya oleh pihak pemerintah BN. Logiknya lambakan cerita hantu di pasaran bukan berlaku secara kebetulan, melainkan perancangan pemerintah. Di belakang kerajaan BN Pusat tercegat penasihat Yahudi yang dibayar. Mereka bekerja sepenuh masa untuk mempertahankan kuasa kerajaan BN.
 
Adakah lambakan cerita hantu di pasaran Malaysia adalah perancangan oleh penasihat Yahudi tersebut? Mungkin buktinya tidak ada, tetapi logik dan rasionalnya ada. Dengan memomokkan rakyat Malaysia akan cerita-cerita seram, jiwa rakyat Malaysia yang ‘terdidik’ dengannya akan terkongkong dengan rasa ketakutan yang tidak menentu. Jiwa yang takut akan terus menjadi hamba, maka mudahlah golongan seperti ini diperbodoh-bodohkan oleh kerajaan yang memerintah. 

Jika kanak-kanak takut lantaran akalnya belum berkembang dengan sempurna, golongan dewasa pun tidak semesti kesemuanya cerdik belaka. Golongan ini masih wujud dalam masyarakat alaf kedua ini. BN boleh mengekalkan kuasa selagi ada golongan seperti ini.

Baru-baru ini lidah rasmi UMNO, Utusan Malaysia membangkitkan isu bahawa DAP akan mengurangkan saiz perkhidmatan awam yang didominasi oleh orang Melayu. ‘Keputusan rasmi DAP’ yang dilaporkan akhbar Utusan itu sebenarnya hanyalah pandangan peribadi Setiausaha Agong DAP Tony Chua yang menjawab soalan yang diajukan wartawan. Lim Kit Siang dan Karpal Singh tidak tahu menahu kerana ia bukan keputusan rasmi DAP. PAS dan KeADILan lebih-lebih lagi tidak tahu apa-apa mengenainya kerana ia tidak pernah dibincang di peringkat kepimpinan majlis Pakatan Rakyat. Tidak tercatat dalam Buku Jingga pun.

Maka juara-juara perkauman Melayu seperti Zulkifli Nordin, Ezam Mohd Noor dan Ibrahim Ali pun diminta memberi komen oleh Utusan Melayu. Apa lagi, isu tersebut pun terus dijuruskan mengikut perspektif perkauman, kononnya DAP berhasrat mahu menindas orang Melayu yang menjadi golongan majoriti bekerja di sektor awam. Seluruh rakyat Malaysia cuba ditakut-takutkan oleh jentera propaganda BN bahawa jika PR memerintah maka kakitangan kerajaan akan hilang pekerjaan.

Pakar perlembagaan negara Profesor Abdul Aziz Bari yang menjadi hero rakyat baru-baru ini, lalu muncul menidakkan kenyataan oleh juara-juara perkauman tersebut. Katanya, cubaan mengurangkan kakitangan awam adalah tidak berasas kerana kedudukan mereka dilindungi undang-undang. 

"Dalam mana-mana kes, kedudukan anggota perkhidmatan awam dilindungi oleh perlembagaan. Maka ketakutan yang cuba disemai oleh Utusan adalah karut semata-mata. 

"Anggota perkhidmatan awam tidak boleh dipecat dengan senang. Begitu juga dengan kenaikan pangkat mereka dan perkara sebagainya," kata Abdul Aziz.

Dua dekad lalu, rakyat ditakutkan kononnya jika PAS menang kerajaan tidak ada lagi kerana dijatuhkan oleh PAS. Terdapat ibu bapa yang bimbang anak mereka yang bekerja kerajaan akan hilang pekerjaan kerana kerajaan tumbang. BN ketika itu mengeksploitasi isu di Somalia.

Mereka mengambil contoh apabila Mohamad Farah Aidid ditumbangkan oleh Amerika, negara jadi kacau bilau kerana tiada kerajaan yang berkuasa.

Presiden PAS, Dato’ Fadzil Noor terpaksa ke hulu ke hilir berceramah bahawa PAS akan pastikan tiada seorang pun kakitangan kerajaan yang akan dibuang jika PAS berkuasa. “Doktor gigi kita kekalkan sebagai doktor gigi, kita tak tukar jadi doktor telinga... nanti habis telinga orang dia cabut,” masih terngiang-ngiang lagi ceramah Ustaz Fadzil di taman Melewar menjelang pilihanraya umum.

Banyak lagi cerita hantu bikinan UMNO waktu itu, antaranya ialah jika PAS memerintah negara huru hara, pelabur takut nak masuk, perempuan tidak boleh kerja malam, wanita cantik dihalang bekerja dan pelbagai lagi.
Sepatutnya kini, selepas maklumat boleh terlepas bebas tanpa batas sempadan, tindakan menakut-nakutkan rakyat dengan pelbagai perkara tidak berasas tidak lagi berlaku tetapi BN masih ghairah mencipta pelbagai hantu untuk menakutkan rakyat, terutama orang Melayu.

Jika Pakatan Rakyat berkuasa maka Kristian akan jadi agama rasmi, Lim Kit Siang jadi Perdana Menteri, hak istimewa Melayu akan terhapus, kedudukan raja-raja akan terancam; adalah antara perkara yang dimomokkan oleh UMNO dengan bantuan budak suruhan mereka Perkasa. Semua itu adalah isu ‘seram’ untuk takutkan orang Melayu. Bagaimana mungkin semua itu akan berlaku jika DAP hanya bertanding tidak lebih dari ¼ dari keseluruhan kerusi Parlimen. Pindaan Perlembagaan perlukan majoriti dua pertiga. Jika DAP menang semua kerusi pun, jangankan nak pinda perlembagaan, nak lantik Perdana Menteri pun masih belum cukup majoriti mudah. 

Peliknya antara individu yang menggembar-gemburkan cerita seram itu ialah orang seperti Zulkifli Nordin seorang peguam dan Ezam Mohd Noor yang sewaktu bersama pembangkang dulu cukup petah berhujah. Begitulah lumrahnya di Malaysia, sebijak mana pun seseorang itu, bila menyeberang ke pihak UMNO cara berfikir jadi macam budak tercicir sekolah.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.