Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

PARTI KITA MACAM PENGEMIS

Najib, Kasihanlah Zaid, Ajaklah KITA Masuk BN!!

21 November 2011

KOTA BAHARU 21 Nov. - Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) tidak akan meletak calon untuk bertanding di kawasan Parlimen Pekan dan Pagoh pada pilihan raya umum akan datang, kata Presidennya, Datuk Zaid Ibrahim.

Ahli Parlimen Pekan disandang oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sementara Ahli Parlimen Pagoh disandang oleh Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Zaid berkata, walaupun KITA mahukan perubahan kepada rakyat, ia hanya akan meletakkan calon di kawasan yang difikirkan sesuai dan mampu dimenanginya.

"Ini bererti kita tidak akan letak calon di Pekan atau Pagoh. Perubahan kepada saya bukan bererti Perdana Menteri baru atau tukar tampuk pemerintahan.

"Kalau BN berubah kepada dasar lebih terbuka dan demokratik, ia akan mendapat sokongan parti KITA. Yang kita mahu rakyat mendapat manfaat daripada perubahan tersebut,” tambahnya.

Beliau berkata, KITA akan mengumumkan calon secara berperingkat dan akan menumpukan untuk bertanding di kawasan di mana pengundi tidak berpuas hati dengan wakil rakyat sedia ada. -Bernama

1 orang berkata:

Nazaruddin si Hamba Allah said...

Antara salah satu kekesalan yang amat sangat yang aku rasakan ialah apabila menyokong Mamat Gila Talak ni masa Pilihanraya Kecil Hulu Selangor tempohari. Rasanya ramai terutama ahli PAS yang berkongsi perasaan ini.

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.