Sultan Johor dukacita kelengkapan Gerak Khas tidak bermutu
08/09/2012 5:12pm
MERSING — Sultan Johor Sultan Ibrahim melahirkan rasa dukacita kerana kelengkapan ketenteraan yang dibekalkan kepada Kor Gerak Khas bukan sahaja tidak mencukupi tetapi juga tidak bermutu dan tidak menepati spesifikasi.
Baginda turut meluahkan rasa kecewa kerana permintaan untuk mempertingkat kelengkapan kor itu tidak diendahkan, seolah-olah Kor Gerak Khas dianaktirikan."Saya amat menghargai nilai nyawa anggota Gerak Khas kerana ia adalah modal insan yang terlatih, namun jika anggota itu dilengkapkan dengan peralatan yang tidak bermutu dan tidak menepati standard spesifikasi, maka peluang untuk mereka terbunuh adalah amat tinggi.
"Sekiranya perkara ini berterusan yang mana cara pembelian peralatan tidak menepati kehendak Gerak Khas dan dengan harga yang tidak berpatutan, maka saya rasa lebih baik saya mengambil alih pembelian peralatan tersebut,” titah baginda.
Sultan Ibrahim yang juga Kolonel Komandan Rejimen Gerak Khas bertitah pada majlis ulang tahun Rejimen Gerak Khas ke-47 di Kem Iskandar di sini hari ini. — BERNAMA
0 orang berkata:
Post a Comment