Tuesday, September 25, 2012
Lagu Negaraku Dihina!! Buru Timbalan Menteri SK Devamany!!
Kenyataan Media
25 September 2012
Hina Lagu Negaraku, Timbalan Menteri SK Devamany Harus Diburu
Merujuk kepada laporan portal Malaysiakini, Solidariti Anak Muda
Malaysia (SAMM) memandang serius kenyataan dangkal seorang Timbalan
Menteri apabila mengatakan Gangnam lebih popular dari lagu kebangsaan
Negaraku. Membandingkan lagu Negaraku dan Gangnam adalah keterlaluan dan
lagu Negaraku tidak sepatutnya dihina sedemikian rupa.
Kenyataan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, SK Devamany telah
menghina lagu Negaraku dengan merendahkan taraf lagu tersebut lebih
rendah dari Gangnam. Sepatutnya lagu kebangsaan mempunyai kedudukannya
yang tersendiri sama seperti bendera kebangsaan.
Sepertimana yang berlaku pada malam ambang kemerdekaan ketika seorang
anak muda menunjukkan ekspresi terhadap gambar pemimpin negara yang
kemudiannya ditekan hebat, SK Devamany harus juga diburu, digari dan
dibicarakan atas akta hasutan kerana menyebabkan kekeliruan orang ramai
yang membandingkan lagu Gangnam dan Negaraku yang sebenarnya tidak layak
dibuat perbandingan.
SAMM meminta pihak berwajib menjalankan tugas bagi menyiasat apakah
motif lagu Negaraku dihina sedemikian. Apakah sebab lagu Negaraku memang
dipandang sebelah mata kerana asal usulnya, maka penghinaan sebegini
tidak diambil serius? SAMM juga menyeru orang ramai, NGO dan NGI
bertindak memberi tekanan terhadap SK Devamany.
Sekian
0 orang berkata:
Post a Comment