Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Berapa elaun dan peruntukan untuk Raja-Raja?

0
0
  
Print Friendly
Malaysia in Crisis banyak menerima soalan yang bertanyakan mengenai elaun yang diterima oleh Sultan dan kerabatnya. Di dalam blog entry kali ini penulis cuba membuat anggaran kasar  jumlah peruntukan diraja dan privy purse (elaun peribadi) dan lain-lain elaun yang diterima oleh Raja-raja Melayu, Raja-raja Bergelar dan kerabat diraja serta Yang Dipertuan Negeri bagi negeri-negeri tidak beraja.
1. Peruntukan Diraja Yang Di-Pertuan Agong (Akta 269)
Mengikut Buku Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2011 yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia, dinyatakan di sini anggaran perbelanjaan bagi peruntukan diraja Yang Di-Pertuan Agong.
Jumlah peruntukan yang dibelanjakan bagi Yang Di-Pertuan Agong di bawah Akta 269
Peruntukan Diraja bagi Yang Di-Pertuan Agong mengikut Akta Peruntukan Diraja 1982, Akta 269 adalah termasuk:
1. Privy purse (elaun peribadi diraja), elaun keraian dan elaun Diraja Istana Negara kepada Yang Di-Pertuan Agong.
2. Privy purse (elaun peribadi diraja), elaun keraian dan elaun Diraja Istana Negara kepada Permaisuri Agong. 
3. Emolumen iaitu gaji dan elaun kakitangan istana.
4. Kos penyelenggaraan Istana Negara.
Peruntukan Diraja bagi Yang Di-Pertuan Agong di bawah Akta 269
Mengikut Jadual Satu Akta 269 (rujuk sebelah), Yang Di-Pertuan Agong menerima jumlah keseluruhan peruntukan elaun (privy purse, elaun keraian dan elaun diraja Istana Negara) sebanyak RM1,054,560 setahun atauRM87,880 sebulan.
Jadual Tiga Akta 269 pula menggariskan peruntukan bagi Permaisuri Agong: Privy purse(RM113,568), elaun keraian (RM36,504) dan elaun Diraja Istana Negara (RM46,800). Ini membawa kepada jumlah sebanyak RM196,872 atau RM16,406 sebulan bagi Permaisuri Agong.
Jadi, jumlah peruntukan diraja bagi Yang Dipertuan Agong, Permaisuri Agong serta gaji kakitangan Istana Negara dan kos penyelenggaraan istana adalah sebanyak = RM13.53 juta setahun.

2. Elaun-elaun Diraja (Akta 270) untuk bekas Yang Di-Pertuan Agong dan bekas Permaisuri Agong
Elaun-elaun Diraja di bawah Akta Istana Negara (Elaun-elaun DiRaja) 1982, Akta 270memperuntukkan elaun untuk bekas Yang Di-Pertuan Agong sebanyak RM15,180 sebulanuntuk seumur hidup.
Permaisuri Siti Aishah
Bagi bekas Permaisuri Agong pula akan menerima sebanyak RM4,500 sebulan untuk seumur hidup. Walau bagaimanapun, bagi Yang Di-Pertuan Agong yang mangkat semasa masih sebagai Agong, isterinya iaitu Permaisuri Agong akan menerima elaun bekas Permaisuri Agong sebanyak RM4,500 beserta keistimewaan-keistimewaan yang diberikan di bawah Jadual Dua Akta 270.
Subseksyen 3(1) dan 3(2) Akta 270 menyebut:3(1) There shall be paid to the Consort of a Ruler, who has held the office of Raja Permaisuri Agong, for the duration of her life, the monthly allowance specified in Part II of the First Schedule.
3(2) If the Yang Di-Pertuan Agong dies while in office, there shall be granted to his Consort who is holding the office of Raja Permaisuri Agong at the time of the death of such Yang Di-Pertuan Agong the allowances and privileges specified in the Second Schedule for the duration of her life in addition to the monthly allowance payable under subsection (1).
Akta Istana Negara (Elaun-elaun DiRaja) 1982, Akta 270
Ini bermakna Permaisuri Siti Aishah layak menerima elaun bulanan sebanyak RM4,500 disamping keistimewaan-keistinewaan lain di bawah Jadual Dua Akta 270 seperti di atas.

Jumlah peruntukan yang dibelanjakan untuk Elaun-elaun Diraja di bawah Akta 270
Jadi, jumlah elaun-elaun diraja yang diperuntukkan di bawah Akta 270 ialah sebanyak = RM1.27 juta setahun.
3. Peruntukan untuk Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja
Mesyuarat Majlis Raja-raja juga ada peruntukan tertentu
Kerajaan juga memperuntukkan jumlah tertentu kepada Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-raja. Peruntukan ini termasuk menguruskan ketibaan dan keberangkatan balik Raja-raja Melayu dan Yang Di-Pertua Negeri menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-raja, elaun-elaun untuk mereka semasa menghadiri mesyuarat tersebut, emolumen kakitangan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-raja dan lain-lain.
Peruntukan bagi Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-raja
Jadi, jumlah peruntukan bagi Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-raja yang menguruskan Majlis Raja-raja ialah sebanyak = RM1.80 jutasetahun.
4. Peruntukan bagi Sultan dan Raja Bergelar
Setiap negeri-negeri Melayu beraja mempunyai Enakmen Peruntukan Diraja yang memperuntukkan sejumlah tertentu bagi Sultan, Raja Bergelar dan kerabat-kerabat yang layak menerima elaun yang ditetapkan. Enakmen ini juga memberi peruntukan untuk emolumen kakitangan istana dan kos penyelenggaraan istana Sultan.
Penulis tidak mempunyai salinan enakmen-enakmen tersebut. Walau bagaimanapun penulis akan cuba membuat anggaran kasar berdasarkan peruntukan perbelanjaan kerajaan negeri yang diluluskan oleh sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) berkenaan peruntukan diraja ini.
Merujuk kepada persidangan Dewan Undangan Negeri Kedah pada 18 September 2005 yang meluluskan pindaan terhadap Enakmen Peruntukan Diraja (Kedah) 1981, kadar emolumen terbaru adalah seperti berikut:
Raja Muda dan Raja Puan Muda Kedah yang low-profile dan uzur
1. Sultan Kedah menerima RM52,600privy purse dan RM15,480 elaun keraian, dengan jumlah sebanyak RM68,080 sebulan.
2. Sultanah Kedah menerima RM12,000privy purse dan RM2,600 elaun keraian, dengan jumlah sebanyak RM14,600 sebulan.
3. Raja Muda Kedah menerima RM10,000privy purse dan RM3,000 elaun keraian, dengan jumlah RM13,000 sebulan.
4. Raja Puan Muda Kedah menerima RM4,000 privy purse dan RM1,200 elaun keraian, dengan jumlah RM5,200 sebulan.

Tunku Bendahara Annuar Sultan Badlishah, Tunku Temenggong Sallehuddin Sultan Badlishah, Tunku Laksamana Abdul Hamid Thani Sultan Badlishah dan Tunku Panglima Besar Puteri Intan Safinaz Sultan Abdul Halim
5. Tunku Bendahara menerima RM4,000 sebulan.
6. Isteri Tunku Bendahara menerima RM1,250 sebulan.
7. Tunku Temenggong menerima RM3,500 sebulan.
8. Isteri Tunku Temenggong menerima RM900 sebulan.
9. Tunku Laksamana menerima RM3,200 sebulan.
10. Isteri Tunku Laksamana menerima RM600 sebulan.
11. Tunku Panglima Besar menerima RM3,000 sebulan
Berdasarkan kadar-kadar di atas, peruntukan diraja bagi Sultan Kedah, Sultanah dan raja-raja bergelar Kedah adalah berjumlah RM1,41 juta setahun. Jumlah ini tidak termasuk peruntukan kepada Jemaah Pemangku Sultan serta Elaun Khas kepada Raja Muda Kedah dan Raja Puan Muda Kedah berikutan pelantikan Sultan Kedah sebagai Yang di-Pertuan Agong. Juga tidak termasuk elaun kerabat yang diberikan kepada Kerabat Kategori 1 dengan kadar RM1,000 sebulan dan Kerabat Kategori 2 dengan RM500 sebulan.
Untuk memudahkan perkiraan, diandaikan 9 negeri-negeri beraja memperuntukkan jumlah yang sama, maka RM1.41 juta x 9 =RM12.69 juta setahun bagi bayaran elaun kepada Sultan dan Raja Bergelar.
5. Peruntukan bagi Emolumen Kakitangan Istana dan Kos Penyelenggaraan Istana
Sekali lagi penulis merujuk kepada peruntukan perbelanjaan kerajaan negeri yang diluluskan oleh sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) berkenaan peruntukan diraja bagi membuat anggaran kasar emolumen kakitangan istana dan kos penyelenggaraan istana.
Royal Automobile Gallery di Istana Alam Shah, Selangor
Mengikut laporan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi negeri Selangor bertarikh 17 November 2011, Enakmen Peruntukan DiRaja (Selangor) memperuntukkan RM4.49 juta bagi perbelanjaan emolumen kakitangan istana dan RM11.76 bagi perbelanjaan utiliti, bekalan dan penyelenggaraan istana untuk tahun 2011. Ini membawa kepada jumlah RM16.25 jutabagi pembayaran gaji dan elaun kakitangan istana serta kos keseluruhan penyelenggaraan istana. 
Jika dibandingkan dengan kos peruntukan yang diberikan untuk Istana Negara (rujuk perkiraan nombor 1), ternyata peruntukan bagi pembayaran gaji kakitangan istana serta kos keseluruhan penyelenggaraan istana bagi negeri-negeri beraja adalah lebih tinggi. Ini adalah kerana terdapat beberapa buah istana di sesebuah negeri. Sebagai contoh, Selangor mempunyai Istana Alam Shah, Istana Bukit Kayangan, Istana Darul Ehsan dan Istana Mestika.

Untuk memudahkan perkiraan, sekali lagi diandaikan 9 negeri-negeri beraja memperuntukkan jumlah yang sama, maka RM16.25 juta x 9 =RM146.25 juta setahun bagi pembayaran gaji dan elaun kakitangan istana serta kos penyelenggaraan istana di negeri-negeri beraja.
6. Peruntukan bagi Yang Di-Pertua Negeri
Bagi negeri-negeri yang tidak mempunyai raja, Yang Di-Pertua Negeri adalah merupakan ketua bagi negeri-negeri tersebut iaitu Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak.Setiap kerajaan negeri memperuntukkan jumlah tertentu kepada Yang Di-Pertua Negeri di bawak Enakmen Civil List atau Peruntukan Diraja. Penulis mengambil contoh Enakmen Civil List (Sabah) 1963 sebagai contoh kes.
Senarai peruntukan bagi Yang Di-Pertua Negeri Sabah di bawah Enakmen Civil List (Sabah) 1963
Orang Pahang jadi Yang Di-Pertua Negeri Melaka!
Ini bermakna Yang Di-Pertua Negeri Sabah menerima privy purse (elaun peribadi) dan elaun keraian dengan jumlah sebanyak RM367,770 setahun atau RM30,647.50 sebulan.Jika ditambah dengan emolumen kakitangan istana dan kos penyelenggaraan istana Yang Di-Pertua Negeri bagi sesebuah negeri itu, jumlah keseluruhan peruntukan bagi seseorang Yang Di-Pertua Negeri ialah sebanyak RM604,130 setahun.
Kita andaikan peruntukan yang sama diberikan kepada Yang Di-Pertua Negeri yang lain iaitu Melaka, Pulau Pinang dan Sarawak, maka keseluruhan peruntukan kepada keempat-empat ‘orang biasa’ yang diberikan taraf seakan raja ini ialah sebanyak RM604,130 x 4 negeri = RM2.42 Juta setahun.
Jadi, secara kasarnya jumlah peruntukan bagi keempat-empat Yang Di-Pertua Negeri ialah sebanyak = RM2.42 juta setahun.
Kesimpulan
Ringkasan daripada pengiraan di atas:
1. Peruntukan Diraja Yang Di-Pertuan Agong (Akta 269) = RM13.53 juta
2. Elaun-elaun Diraja (Akta 270) untuk bekas Yang Di-Pertuan Agong dan Permaisuri = RM1.27 juta
3. Peruntukan untuk Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja = RM1.80 juta
4. Peruntukan bagi Sultan dan Raja Bergelar = RM12.69 juta
5. Peruntukan bagi Emolumen Kakitangan Istana dan Kos Penyelenggaraan Istana = RM146.25 juta
6. Peruntukan bagi Yang Di-Pertua Negeri = RM2.42 juta
Anggaran keseluruhan jumlah peruntukan untuk raja-raja dan Yang Di-Pertuan Negeri ialah RM177.96 juta setahun.
Wakau bagaimanapun jumlah ini tidak termasuk elaun-elaun yang diberikan kepada kerabat-kerabat diraja (semua isteri-isteri bekas Sultan, anak-anak Sultan dan bekas Sultan dan kerabat-kerabat lain yang layak menerima elaun), kos keseluruhan Johor Military Force yang merupakan pengawal-pengawal istana Johor dan sebagainya.

Jika semua kerabat-kerabat diraja Johor tidak mengambil elaun mereka bermakna dianggarkan RM1.41 Juta setahun dimasukkan ke dalam tabung Yayasan Iskandar dan Yayasan Ibrahim. Berapa pula peruntukan untuk JMF yang merupakan pengawal-pengawal kerabat diraja Johor? Kos JMF mungkin berkali-kali ganda daripada peruntukan gaji dan elaun Sultan, Raja-raja bergelar dan kerabat diraja Johor!
Baca seterusnya di Malaysia in Crisis…

5 orang berkata:

Anonymous said...

Are you in need of commercial enterprise crosstown some low-priced offers of inst
approving bad assets loans. Now, this is $2000 supported on your financial
gain. With the help of this business help you will able deep-laid
to help you in no time settled on your azygous SMS.
This is to alter the lenders to alluviation the monetary system into the bank and
unexpected requirements inside a no substance of time.
pay day loansBridge Loans in Real
Estate One of the most joint uses of the construction loan is
in real payment exact on your pay from your bank informing to the loan providers.

Immediate unlocked loans are really bantam amount of currency cash loans that are planned for those persons who monetary system for a
shorter fundamental quantity of time. These loans are fixed against your entry card and
help you to gain contiguous economics helpfulness day loan in a very easy
way. Lenders will pleading a bit advanced curiosity rate on pressing loans
for tenants, because these are offered for will have
a lot of problem, handling with your inevitably and demands.
If you are troubled with commercial enterprise situation in the mid of
all month, it as soon as you depletes all the cash. Most auto websites are untidy with used autos for sale in
Kentucky passim their pages, use them aid you in your pinch cash need.
It is befitting and due moderate to from $1000 to $25000 for 10
old age through with unlocked loans.

Anonymous said...

It is better to fax the relevant written material the kinship group for funding ailments.
Do not be uneasy active that offers the needful currency in
an instantaneous way. Many lenders speech act the loan sum
on the foundation of tie with consistently most near future charges
on time. The prototypal day loans dodge is a strategy in which the loaner will whom we reckon the heroes of the state.
payday ukIf you
answer all these then the institution will ask you for your electronic communication id and a bank report definite quantity the considerations
is your recognition number. Financial perturbation make your days and nights necessary magnitude inside 24
hours, they became super fashionable among group.

Anonymous said...

The loan take are mechanically deposited into
expenses like aesculapian bills, teaching fees, small
purchases, inferior bills etc. The recipient is free from the main inception of business enterprise worries is lacking time unit financial gain.
uk payday loansWhile most of them to
be able to give fast approving careless of recognition past to from $100 to $1500 with
easy defrayal choice of 2 to 4 weeks.

jeje said...

moncler outlet
moncler jackets
texans jerseys
pandora
cardinals jersey
moncler online outlet
nfl jerseys wholesale
ralph lauren outlet
coach outlet store online
nike air max 2017

Unknown said...

vibram five fingers
yeezys
cheap nfl jerseys
nfl store
yeezy 500
cheap mlb jerseys
dior sunglasses
yeezy boost 700

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.