Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

HOT Issue@Perak - Macam 'keling' ?

HOT Issue@Perak
raden albanjari | 3.20am - 12 sept.

Macam keling ! Tapi itulah hakikat sebenar yang sedang berlaku. Umno pun tak mampu untuk nafikan. Zamry ? MB Pasola tu ? Punggung dia sedang 'terbakar' sekarang. Panassss...!! Hebat juga penangan MIC Perak. Akhirnya Umno yang 'kerek' terpaksa juga mengalah dan melepaskan kerusi Parlimen Sungai Siput biarpun pada PRU12 yang lalu, bos besar MIC kalah kepada pembangkang sekaligus membungkus MIC Perak. Itu kisah 4 tahun lepas. Samy pun dah hilang terus, balik India jadi Duta kerajaan. Kesian pada MIC Perak. 

Terkini, 4 kerusi DUN milik MIC pula nak dirompak Umno. Alasan kuat..kerana pada PRU12 semua kerusi yang ditandingi oleh MIC, semua kalah, kalah teruk dan ditolak oleh kaum sendiri. DUN Behrang, DUN Pasir Panjang, DUN Sungkai dan DUN Hutan Melintang. 

Ironinya DUN Behrang dan DUN Pasir Panjang yang majoriti pengundi adalah pengundi melayu benar-benar beri masalah kepada MIC. G Palanivel makin 'hitam' wajahnya merayu agar Umno jangan rampas 2 kerusi DUN yang diberikan kepada MIC sebelum ini. Kesian dengan MIC. Tapi MIC lupa..bahawa setakat 'hitam' wajah Palanivel, 'hitam' lagi wajah Zamry...dan se'hitam' itu juga niat Umno berkeras mahu rampas 2 kerusi DUN yang mereka ada harapan boleh letak calon Umno bertanding pada PRU13 nanti. Umno semakin terdesak sangat sekarang. 

Lebih-lebih lagi Zamry sudah terima mesej dari Hj Najib. Mesej untuk 'kenang budi dan jasa' lalu. Pening Zamry. Zamry bukan tak tahu, bahawa dosa Hj. Najib kepada rakyat Perak bukan sedikit kepalang. Benar ! Najib telah melakukan satu kesilapan besar dengan merampas kerajaan Perak daripada Pakatan Rakyat. Dalam PRU12, rakyat Perak telah memberi mandat kepada PAS, DAP dan PKR dibawah 'Pakatan Rakyat' untuk memerintah negeri Perak.

Tapi dah namanya parti 'syaitan', bukan aku yang sebut tapi aku petik dari apa yang Mahadet sebut, Barisan Nasional sedaya upaya bekerja untuk menumbangkan kerajaan yang dipilih oleh rakyat. Pelbagai taktik kotor telah direncanakan oleh Hj. Najib untuk mendapatkan semula negeri Perak daripada Pakatan Rakyat. 

Itu pasal boleh dikatakan semua agensi-agensi kerajaan di negeri Perak telah disalahgunakan oleh mereka untuk mencapai matlamat Barisan Nasional itu. Akhirnya kerajaan pilihan rakyat tumbang juga. Tumbang apabila  3 orang wakil rakyat 'Pakatan Rakyat' berjaya 'dibeli' oleh Hj. Najib.

Perbuatan jijik yang dilakukan oleh Hj. Najib itu merupakan satu kesilapan maha besar yang telah dilakukannya kepada rakyat Perak. Dan beliau tidak sedar bahawa tindakan kejam itu terus menghantui Barisan Nasional sehingga ke hari ini. Rakyat Malaysia, khususnya rakyat Perak sangat marah terhadap  apa yang telah dilakukan oleh Hj. Najib, Zambry dan ADUN-ADUN katak yang tidak menghormati keputusan yang dibuat oleh rakyat Perak melalui pilihanraya. Mereka ini telah menderhaka kepada rakyat dan pengundi sendiri.  untuk kepentingan politik mereka. Golongan ini tidak menghormati Perlembagaan Persekutuan, Undang-Undang Tubuh Negeri Perak dan Perintah-perintah Tetap Dewan Negeri Perak. Perbuatan mereka ini juga telah meruntuhkan kemurniaan sistem demokrasi di negara ini. 

Rakyat Perak mahu melihat satu perubahan dalam pentadbiran negeri ini. Mereka telah menolak kerajaan Barisan Nasional dalam PRU12, tetapi mereka kembali berkuasa melalui ' pintu jamban '. Dan segala onar dan sengketa yang berlaku kini adalah 'kifarah' untuk Hj. Najib dan Zamry yang berdosa kepada rakyat Perak. Kemelut perebutan kerusi antara Umno dan MIC juga satu 'pembalasan' dari Tuhan. Nah...ambik kau ! Dalam persengketaan yang semakin merumit itu, rakyat Perak tetap sabar menunggu hari mengundi untuk mengembalikan kuasa rakyat kepada yang 'hak'. 

Hj. Najib tahu Barisan Nasional akan tumbang semula di negeri Perak. Kali ini Barisan Nasional akan hilang lebih banyak kerusi kerana tindakan zalimnya merampas satu kerajaan yang dipilih oleh rakyat secara demokrasi. Kerana cemas akan situasi itu, maka habis kerusi-kerusi yang boleh Umno rampas dari rakan-rakan lain khususnya MIC, dan MCA - atas alasan kalah teruk dijadikan wirid untuk meletakkan calon baru dari Umno. 

Orang Perak tak akan lupa, dan kerana ketakutan dan cemas itulah maka Hj. Najib terpaksa 'turun padang' banyak kali di negeri Perak. Beliau melancarkan pelbagai program, mengadakan banyak jamuan makan dan memberi wang ringgit untuk mengambil hati rakyat Perak. Hj. Najib kian terdesak dan terpaksa memberi tumpuan melampau di negeri Perak kerana beliau sedar tentang kesilapan dan dosanya yang telah dilakukan olehnya. Dalam 'road show' Najib sebelum ini, Perak merupakan negeri yang paling kerap beliau turun padang untuk bertemu dengan rakyat. Ini membuktikan bahawa Najib kini takut kepada rakyat Perak yang sedang menanti untuk menghukumnya dalam PRU13.

Kerajaan telah membuat pembayaran RM608.68 juta sepanjang tempoh 11 minggu kepada rakyat melalui lawatan rasmi Najib dan timbalannya Muhyiddin Yassin ke seluruh negara. Jumlah ini merupakan "peruntukan segera" yang diluluskan dari Januari hingga 15 Mac 2012, yang telah diserahkan semasa lawatan mereka berdua ke semua negeri, dengan Perak merekodkan kelulusan tertinggi sebanyak RM220.38 juta untuk 34 projek. Lebih daripada 1/3 jumlah peruntukan segera itu telah ditaburkan di negeri Perak. 

Kesimpulannya sangat jelas bahwa Hj. Najib takut akan kalah teruk di negeri Perak dalam PRU13. Jika tidak, masakan beliau terpaksa tanam 'modal' besar di Perak. Hj. Najib semakin tidak yakin, itu pasal dalam satu majlis hari raya yang dianjurkannya baru-baru ini, dia terlupa step yang diajar oleh Bini Rosmah, tetiba boleh menari sumazau, mamai ler tu ! Satu lagi ikut matematiknya jika beliau yakin BN boleh terus dia tidak perlu berbelanja besar di Perak jika Barisan Nasional benar-benar mempunyai keyakinan dan mempunyai peluang yang cerah untuk menang. Apa macam..ada yang nak sanggah hujah ni ? Silakan..!!


0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.