Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

hu hu hu

Tony Pua: SSM seharusnya menyiasat NFC, bukan Suaram

September 18, 2012
 
KUALA LUMPUR, 18 Sept — Ahli parlimen Petaling Jaya Utara (PJU), Tony Pua berkata Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) seharusnya menyiasat Pusat Fidlot Nasional (NFC) daripada terus menghukum organisasi hak asasi manusia Suaram kerana terdapat “akaun yang meragukan”.

Beliau berkata motif SSM sangat diragui dan mahu SSM menerangkan apakah maksud “akaun yang meragukan” seperti yang dikatakan oleh menteri perdagangan dalam negeri, hal ehwal pengguna dan koperasi Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bila beliau berkata Suaram akan menghadapi pendakwaan.

Menteri tersebut tidak memberi sebarang butiran lengkap dalam sidang media hari ini apabila beliau mahu mendakwa Suaram, badan organisasi hak asasi manusia yang dikatakan alat pembangkang kepada ahli politik Barisan Nasional (BN).

Pua (gambar) berkata, jika SSM menyiasat dengan lebih lanjut, lebih banyak syarikat yang mempunyai “akaun yang meragukan”.

Beliau memberi contoh skandal NFC yang melibatkan ketua wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Jalil dan keluarganya dalam projek penternakan lembu nasional yang SSM harus menyiasat dengan lebih teliti.

“Kenapa nak mendakwa Suaram di atas “akaun yang meragukan” sedangkan ada banyak lagi kes yang mempunyai masalah sama?

“Sebagai contoh akaun dari syarikat keluarga Shahrizat, yang mengambil wang dari syarikat tersebut dan membawanya ke Singapura tanpa sebarang persetujuan.

“Semuanya telah didedahkan, tetapi tidak ada tindakan diambil ke atas mereka, sebaliknya Suaram didakwa, bila kita tidak nampak di mana akaun yang meragukan.”

Suaram menerima kritikan kebelakangan ini kerana menerima dana asing dan pemimpin BN mempersoalkan kesetiaan mereka terhadap negara.

Badan hak asasi manusia itu dikatakan menerima serangan kerana terus terlibat dalam siasatan dari Perancis berkenaan penyelewengan wang bernilai berbillion ringgit untuk membeli dua buah kapal selam Scorpene.

Pua berpendapat motif pendakwaan adalah bersifat politik, dan kerajaan mahu menutup Suaram.

“Mereka akan lakukan apa sahaja kerana Suaram sedang menyiasat kes rasuah berkenaan dengan pembelian Scorpene.

“Mereka mahu Suaram untuk berhenti dari terus menjadi sebahagian daripada mereka yang menyiasat kes tersebut,” katanya lagi.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.