Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
Janji Demokrasi: Polis terima 427 laporan
Wartawan Sinar Harian
10 September 2012
OCCI-kl-datuk-ku-chin-wah
$entry.content.caption.value
KUALA LUMPUR - Sebanyak 427 laporan polis telah dibuat berhubung perbuatan biadab peserta Himpunan Janji Demokrasi memijak gambar pemimpin negara serta membawa bendera 'Sang Saka Malaya' untuk menggantikan Jalur Gemilang pada malam ambang merdeka 30 Ogos lepas. 

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah dalam khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Bernama di sini hari ini berkata bagaimanapun tiada tangkapan baharu berhubung kes itu setakat ini.

Menurut laporan sebelum ini, bilangan laporan polis yang dibuat oleh orang ramai yang marah dengan tindakan biadab kumpulan tersebut terus meningkat dengan lebih 250 laporan polis dibuat setakat minggu lepas.

Semasa himpunan itu, sekumpulan peserta perhimpunan dilihat memijak gambar pemimpin negara, membawa bendera 'baharu' sebagai pengganti Jalur Gemilang dan ada yang menunjukkan punggung di khalayak ramai.

Polis sebelum ini telah membentuk tiga pasukan khas untuk menyiasat insiden-insiden tersebut berdasarkan Akta Hasutan, Akta Perhimpunan Aman dan Seksyen 290 dan 504 serta Seksyen 509 Kanun Keseksaan.- Bernama

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.