KUALA LUMPUR, 20 Sept – Kedutaan Amerika Syarikat di sini akan ditutup pada
11 pagi ini berikutan rancangan demonstrasi di hadapan bangunan kedutaan itu di
Jalan Tun Razak hari ini
Pemuda Umno dan Dewan Pemuda PAS akan mengadakan perhimpunan berasingan bagi membantah penerbitan dan penyiaran filem anti Islam 'Innocence of Muslims' dan karikatur mempersendakan Nabi Muhammad SAW di dalam sebuah majalah Perancis Charlie Hebdo.
Perhimpunan Pemuda Umno serta pergerakan sayap pemuda parti komponen Barisan Nasional (BN) dan lebih 10 badan bukan kerajaan (NGO) akan diadakan di perkarangan Masjid Kampung Baru di sini selepas solat Jumaat.
Manakala, Dewan Pemuda PAS pula akan menganjurkan protes di luar perkarangan Kedutaan Amerika Syarikat selepas Solat JUmaat di Masjid Tabung Haji, Jalan Raja Laut.

.... MANE PILIHAN HATI KORANG......
0 orang berkata:
Post a Comment