Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

MAU BAGI KE TAK ?

Isu tumpahan minyak parah, nelayan mahu jumpa MB Johor


26 Syawal 1433H. [MOD] -

PONTIAN - Nelayan pesisir pantai yang berpangkalan di tujuh pangkalan nelayan di sepanjang Tanjung Piai, dekat sini, memohon kerajaan mengambil tindakan segera mengatasi masalah tumpahan minyak yang semakin berleluasa sejak akhir-akhir ini.

Wakil nelayan, Husin Nasir 58, berkata, mereka turut bercadang untuk bertemu Menteri Besar Johor memandangkan tumpahan minyak di perairan Selat Melaka berhampiran kawasan Tanjung Piai yang sering berlaku menyebabkan mereka sukar mencari makan.

“Sudah acap kali, kami nelayan di sini buat aduan kepada polis dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), namun masalah tumpahan minyak semakin menjadi-jadi.

“Mengikut perkiraan kami nelayan di sini, dalam setahun sahaja lebih enam kali tumpahan minyak berskala besar berlaku di sini,” katanya ketika ditemui pada majlis sesi dialog bersama nelayan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Jaringan Bertindak Nelayan Pantai Semenanjung (Jaring), di sini, baru-baru ini.

Hadir sama, Pengerusi Pas Kawasan Tanjung Piai, Ghazaley Ayob.

Katanya, masalah yang lebih besar bakal menimpa penduduk di sekitar Tanjung Piai, sekiranya tiada langkah berkesan diambil bagi membendung masalah tumpahan minyak yang mengancam pokok bakau.

“Tumpahan minyak yang sering berlaku di perairan Selat Melaka berhampiran Tanjung Piai menyebabkan nelayan bot-bot kecil mengalami kerugian.

“Semakin banyak kapal berlabuh dan kedudukannya yang semakin dekat dengan kawasan pesisir pantai sehingga boleh dilihat dengan begitu jelas dari kawasan pangkalan nelayan,” katanya.

Jelasnya, kehadiran kapal-kapal yang berlabuh di situ menyebabkan hasil tangkapan semakin kurang dan adakalanya jaring yang dipasang bagi menangkap udang rosak dilanggar kapal.

Ketua Nelayan Pangkalan Tanjung Piai, Ahmad Yazid, 43, mendakwa, tidak pernah mendapat sebarang pampasan terhadap kerosakan barang akibat tumpahan minyak terbabit.

“Meskipun sudah membuat aduan kepada agensi yang berkaitan, namun tiada pampasan diterima.

“Sehingga hari ini, segala kerosakan jaring, enjin dan perkakasan yang lain kami tampung sendiri, kerana belum lagi terima sebarang bantuan.

“Setiap kali jaring nelayan terkena minyak, kami buat laporan polis dan memanjangkannya kepada pihak persatuan,” katanya.

Sementara itu bagi Pengerusi Jaring, Jamaludin Mohammad berkata, sesi dialog yang diadakan bersama nelayan terbabit memberi peluang kepada nelayan mengetengahkan masalah yang dihadapi.

Menurutnya, pihak Jaring, akan menyerahkan dokumen berhubung masalah nelayan di kawasan Tanjung Piai kepada Kementerian Industri Asas Tani.

“Setiap tahun Jaring sebagai sebuah NGO yang mewakili nelayan akan menyerahkan dokumen kepada kementerian dengan mengemukakan masalah dan penambahbaikan yang boleh dilakukan,” katanya.

SINAR HARIAN/-

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.