Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

NOH OMAR ?

Jumaat, 21 September 2012

PKR gesa Umno umum calon MB sebelum bercita-cita tawan Selangor

PETALING JAYA,  21 Sept — Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin mencabar Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Najib Razak untuk menamakan nama calon bakal Menteri Besar sebelum bercita-cita mahu menawan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor disamping juga menggesa mengumumkan tarikh pilihanraya umum ke-13.

Cabaran tersebut dilontar oleh Zuraida (gambar) bagi menjawab kenyataan Timbalan PM Tan Sri Muhyiddin Yassin yang kononnya Umno dan BN memiliki resipi untuk menawan Selangor dalam PRU yang bakal menjelang dalam akhbar Sinar Harian pada 16 September lalu.

“Mereka mahu tawan Selangor tapi siapa bakal MB yang mereka mahu? Calon pun tiada, tapi masih mahu bercita-cita tawan kerajaan PR disini?,” kata Zuraida dalam satu majlis pelancaran Jelajah Selangor di pejabat PKR di Subang pagi tadi.

“Jika Umno mempunyai resipi untuk menang, kami mencabar Muhyiddin mendesak PM untuk mengumumkan segera PRU ke-13. Kemudiaan barulah bercakap tentang mahu menawan Selangor.”

Umno serius untuk menawan semula Selangor dan khabar angin antara dua calon mereka ialah Dato' Sri Mohd Zin Mohamed dan Datuk Seri Noh Omar tetapi hingga kini PM selaku pengerusi BN Selangor belum mengeluarkan kenyataan tentang siapa bakal MB mereka.

Zuraida juga mengingatkan Umno supaya menghentikan sandiwara gerak saraf politik dengan menyerang kerajaan PR di Selangor kerana usaha tersebut tidak akan berhasil kerana rakyat sudah matang dan dapat berfikir sendiri.TMI

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.