DIZAMAN NABI MASIH HIDUP SEORANG YAHUDI YANG DIANGGAP KEBAL, YANG BERNAMA KAAB BIN ASRAF TELAH MENGHINA NABI, LALU NABI MEMERINTAHKAN UMAT ISLAM MENCARI DAN MEMBUNUH KAAB, AKHIRNYA KERJA MEMBUNUH ITU DILAKUKAN OLEH MUHAMMAD BIN MUSALMAH SERTA KAWANNYA SETELAH KAAB DIJUMPAI DI PERKAMPUNGANNYA YANG PENUH DENGAN PAGAR KOTA-KOTA, KEPALA KAAB DIBAWA MENGADAP BAGINDA TANDA ORANG YANG MENGHINA NABI ITU TELAH DIBUNUH, INI BERERTI APABILA RASULLULLAH TELAH MENGELUARKAN PERINTAH BUNUH MAKA ITU SUDAH MENJADI HUKUMAN KERANA MENGHINA RASUL YANG DIUTUS OLEH ALLAH - Pak Karamu
Umat Islam digesa sertai bantahan hina Nabi esok
4 Zulkaedah 1433H. [MOD] -
KUALA LUMPUR: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik
Abdul Aziz Nik Mat menggesa agar semua umat Islam agar dapat turun
beramai-ramai menyertai protes aman membantah penerbitan filem
“Innocence of Muslims” yang menghina Rasulullah SAW.
Protes tersebut akan diadakan di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat selepas solat Jumaat esok, 21 September 2012.
“Dengan komitmen semua pihak tanpa mengira parti politik ini, saya
mengira ia sebagai isyarat yang cukup jelas bahawa umat Islam tidak
pernah meredhai sebarang aktiviti yang menghina Rasulullah SAW dalam apa
jua bentuk sekalipun,” ujar beliau dalam satu kenyataan.
Di dalam masa yang sama, kata beliau ia sewajarnya juga menjadi
pengajaran berguna kepada sesetengah pihak di kalangan umat Islam
sendiri yang tergamak menolak syariat Islam yang dibawa oleh Rasulullah
SAW.
“Harapan saya agar protes berkenaan dapat berlangsung dalam suasana aman tanpa sebarang insiden yang tidak diingini,” katanya.
harakahdaily/-
0 orang berkata:
Post a Comment