Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Polis Ada Dalam Kumpulan Samseng Serang Bas Merdeka Rakyat

Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin menggesa polis menjelaskan kehadiran anggota mereka berpakaian preman bersama samseng Umno dalam kejadian serangan terhadap bas Jelajah Merdeka Rakyat di Jasin, Melaka Sabtu lalu.

Ia berikutan penahanan serta merta ke atas Penolong Ketua Pengawal Peribadi kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa insiden melempar cat merah oleh samseng Umno.

Ketika berhadapan serangan samseng, Harizal Zahid ditahan oleh beberapa individu yang berada dalam kumpulan itu.

“Ia menunjukkan polis berpakaian biasa sememangnya berada dalam kumpulan (samseng) sejak awal lagi,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jasin petang semalam.

Pengerusi KEADILAN Melaka itu mengiringi Harizal memberi keterangan tambahan di balai tersebut.

Kata Shamsul, polis seolah-olah tahu lebih awal tentang rancangan serangan ke atas bas jelajah itu.

“Perkara cukup dikesali… Jika polis mengenakan uniform, (samseng) tentu tidak akan bertindak ganas,” katanya.

Beliau yang juga peguam memaklumkan kes ini disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan atas tuduhan ugutan jenayah.

“Saya juga berharap polis akan buat siasatan secara adil dan jangan tunduk kepada arahan pihak-pihak tertentu yang cuba campur tangan,” katanya.

Semalam, seorang samseng Umno berjaya dikenalpasti oleh peserta jelajah semasa kawad cam dibuat di IPD yang sama.

Dalam perkembangan berkaitan, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin menggesa suspek kes simbah cat kepada bas Jelajah Merdeka Rakyat di Melaka agar segera menyerah diri untuk membantu siasatan.

Menurutnya, polis sudah berjaya mengenalpasti suspek terbabit selepas menjalankan siasatan. -KD


0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.