Zahid Hamidi: 'Kita tak baca PRU13 tahun ini'
25 September 2012
KUALA LUMPUR – Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
membayangkan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) tidak akan berlangsung
tahun ini, lantas melenyapkan spekulasi pelbagai pihak kejutan, yang
dinantikan, bakal berlaku November atau awal Disember ini.
Pandangan beliau juga memperkuatkan bayangan yang diberikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kepada jemaah haji Sabtu lalu, agar tidak bimbang dengan tarikh PRU13.
Penganalisis dan pemerhati politik berpandangan bahawa jika PRU13 tidak diadakan November ini, ia hanya akan berlangsung pada Februari atau Mac ini.
"Kita tak baca pilihan raya tahun ini... soalan akan datang, selepas ini, mengapakan, apa sebabkan?," kata beliau apabila ditanya soalan mengenai bila berkemungkinan besar PRU13 akan diadakan.
Ini kerana menurut Zahid, yang juga Menteri Pertahanan, Najib perlu dan masih boleh menggunakan sepenuhnya mandat lima tahun pemerintahan Barisan Nasional (BN).
Mandat Kerajaan Pusat akan berakhir 28 April 2013.
"Tak salah bagi dia (Najib) pergi (gunakan) hingga tempoh penuh. Salah? Tak salah. Nak dapatkan mandat? Tidak! Dia ada mandat... dia gunakan mandat (yang ada)," kata beliau yang pertama kali dipilih sebagai Naib Presiden tiga tahun lalu," katanya lagi.
Mengenai persiapan sementara PRU13 semakin dekat, Zahid berkata, BN sudah bersedia dan begitu juga dengan parti-parti lain.
“Semua parti yang bertanding sudah pastinya bersedia, dan mengaku realitinya. Tidak salah bagi Najib untuk mempergunakan mandat sepenuhnya tanpa perlu tergopoh-gopoh,” katanya dalam satu temu bual khas dengan Sinar Harian Online dan Sinar Harian di pejabatnya, semalam.
Pelbagai pihak sebelum ini termasuk pemerhati politik menjangkakan PRU berlangsung awal November ini berikutan telahan angka 11 adalah nombor kesukaan Najib.
Melontarkan pandangannya dengan tahap persediaan BN menghadapi PRU13, Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datoh berkata, parti itu telah lama bersiap sedia.

0 orang berkata:
Post a Comment