Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

SETUJU BEBENOOOOO !

PIJAK GAMBAR PEMIMPIN KERANA KERAJAAN LEMAH, PIJAK GAMBAR DAN KENCING GAMBAR SERTA  SERANG CERAMAH  PR KERANA PIMPINAN PARTI LEMAH GAK, SAMA-SAMA LEMAH !

Dr M: Isu pijak gambar pemimpin wujud kerana kerajaan lemah

September 06, 2012


KUALA LUMPUR, 6 Sept ― Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad beranggapan insiden memijak gambar dan membawa bendera Sang Saka Malaya ketika sambutan malam ambang kemerdekaan ke-55 minggu lalu berlaku akibat kerajaan yang lemah.

Jelas Dr Mahathir (gambar) lagi, bila sesebuah kerajaan itu lemah, sesetengah pihak akan mula mengambil kesempatan dan mereka berani melakukan perkara-perkara sedemikian.

“Semasa zaman saya 22 tahun sebagai Perdana Menteri tidak pernah berlaku perkara ini ... tiada siapa pijak gambar saya.

“Ini berlaku kerana kerajaan kita lemah, kita tidak mempunyai majoriti dua pertiga majoriti Parlimen,” katanya ketika majlis sepetang bersama beliau anjuran Kelab Pesara Kerajaan Lembah Pantai di sini.

Tambah pemimpin yang berpengaruh itu lagi, apabila kerajaan yang memimpin negara ini lemah, banyak pihak yang cuba untuk menentang mereka.

“Apabila kita kalah dua pertiga, kita jadi lemah, bila lemah orang berani, bila lemah mereka pijak gambar-gambar kita,” tambahnya.

Menurutnya lagi, kesan kempen Pakatan Rakyat (PR) juga turut menjadi punca berlakunya kejadian sedemian.

“Saya berpendapat ia adalah kesan kempen parti lawan, mereka tidak setia kepada negara , mereka lebih setia kepada parti.

“Ada ramai yang terpengaruh dengan parti lawan, saya percaya jika sifat ini dikembangkan, negara kita tidak akan ada simbol yang diterima semua dan perpecahan akan berlaku antara rakyat,” katanya lagi.

Beliau turut menegaskan, sekiranya perpecahan itu berlaku, negara kita akan musnah dan beliau turut mengingatkan agar majoriti dua pertiga Parlimen perlu diberikan kepada Umno dan Barisan Nasional (BN) supaya kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak itu boleh membentuk kerajaan yang kuat dan tegas.

“Saya harap lepas PRU 13 kita dapat wujudkan kerajaan cukup kuat,” katanya lagi.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.