Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Tuesday, September 11, 2012

Siasat Dr Mahathir Juga kerana Berkawan dgn Soros !

Tulang Besi terpanggil untuk memberi komen berkaitan dengan isu penaja SUARAM dan kaitan dengan dana Soros. 

Dituduh bahawa SUARAM mendapat dana dari luar negeri yang bersumber dari George Soros.  Dana tersebut digunakan untuk menjatuhkan UMNO dan Barisan Nasional. Serangan terhadap SUARAM ini juga lantaran tindakan nekad SUARAM menyaman kerajaan Malaysia di atas pembelian kapal selam SCORPENE yang penuh dengan korupsi itu.

Bagi Tulang Besi, kalau mahu menyiasat pengaruh Soros dalam politik Malaysia, jangan hanya dihadkan kepada PKR dan SUARAM sahaja. Pihak polis harus memanggil jug Dr Mahathir Muhammad untuk siasatan.

Ini kerana Dr Mahathir pernah mengadakan pertemuan empat mata dengan Soros sewaktu Soros melawat Malaysia pada tahun 2006 lepas.

Malahan, Dr Mahathir perlu disiasat di atas penipuan beliau terhadap rakyat Malaysia. Sejurus selepas krisis ekonomi 1997, Dr. Mahathir dengan gegak gempita menyalahkan Soros di atas mala petaka ekonomi yang menimpa Malaysia pada masa itu. Seluruh jentera media Malaysia digunakan untuk menyerang Soros sehingga seluruh rakyat Malaysia tertipu dengan sandiwara Dr Mahathir.

11 tahun kemudian, Dr. Mahathir yang sama boleh bertemu dengan Soros dan membuat kenyataan di bawah:

Malahan Jeff Oii dalam Asian Correspondent melaporkan:

Sebagai rakyat Malaysia, saya rasa tertipu. Tampaknya seperti serangan kepada Soros pada 1997 itu hanya sekadar lakonan dan sandiwara Dr.Mahathir bagi tujuan menutup kelemahan sendiri. 

Seeloknya Dr Mahathir harus disiasat dahulu sebelum SUARAM. Itupun kalau ada keadilan di Malaysia ni lah.

Tulang Besi

ps lagi gambar Soros dengan Dr Mahathir


0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.