Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

MEMANG RAMAI NAKKAN RUU 355 DILULUSKAN

Liputan langsung Himpunan 355 di Padang Merbok
Liputan langsung Himpunan 355 di Padang Merbok
Suasana Himpunan RUU355 di Padang Merbok. –Foto Sinar Harian

KUALA LUMPUR - Himpunan 355 (H355) yang bertujuan meraih sokongan terhadap Rang Undang-Undang (RUU) Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 telah bermula.

Himpunan di Padang Merbok di sini itu, mula dibanjiri peserta sejak jam11 pagi lagi.

Kemuncak acara akan bermula pada jam 9 malam dimulakan dengan ucapan oleh Timbalan Presiden Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man dan diakhiri dengan pidato oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada jam 10 malam.

Semalam, Pengarah H355, Nasrudin Hassan mengingatkan peserta supaya tidak melakukan sebarang provokasi dan respons kepada provokasi yang dicetuskan oleh mana-mana pihak.

Beliau berkata, peserta diharapkan hadir dalam keadaan tenang, banyakkan zikir dan berselawat.

Pihak penganjur turut menempatkan kira-kira 2,500 petugas Amal dan 1,500 pasukan Sukarelawan H355.
Orang ramai boleh terus berhubung dengan pihak urus setia di khemah di lot parkir di Padang Merbok.

Sebelum ini,  RUU 355 telah dibawa oleh Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Parlimen pada 24 November lepas bertujuan meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355, bagi memperkasa mahkamah syariah dalam melaksanakan hukuman jenayah.

Ikuti laporan langsung dari wartawan Sinar Harian menerusi Facebook Sinar Harian, Twitter @SinarOnline dan Instagram Sinar Online.

2.00PM – Peserta mula membanjiri Padang Merbok setelah selesai solat Zohor yang diimamkan oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob.

3.00PM - Himpunan bermula dengan persembahan nasyid dan ucapan dari beberapa pemimpin termasuk Ketua Penerangan Dewan Himpunan Penyokong PAS, 'Dr Balachandran G Krishnan dan beberapa NGO seperti Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM). 

3.25PM – Sebahagian peserta himpunan mula memenuhi Jalan Parlimen berarak masuk ke Padang Merbok.
4.20PM - Ucapan dari beberapa pemimpin termasuk Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yaakob
5.00PM - Suasana dan keadaan Himpunan RUU 355 di Padang Merbok terkawal.

5.15PM - Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohd Sukri Kaman memberitahu sehingga jam 4 petang ini, keadaan adalah terkawal dan tiada insiden yang tidak diingini berlaku.

5.25PM: Himpunan Tolak Akta 355 anjuran badan bukan kerajaan (NGO), Bebas, di tasik Taman Jaya, Petaling Jaya hanya disertai sekitar 100 peserta.

5.30PM: Peserta Himpunan 355 berdoa selepas selesai menunaikan solat Asar.

5.40PM: Salah seorang peserta Himpunan 355 tidak dapat menahan sebak semasa doa dibacakan.

6.30PM: Peserta himpunan dianggar 20,000 - Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohd Sukri Kaman. Angka dijangka terus meningkat.

7.40PM: Hujan lebat tidak halang peserta Himpunan 355 yang berlangsung di Padang Merbok.
7.50PM: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom menyampaikan ucapan di pentas Himpunan 355.

8.02PM: Orang ramai berhujan ketika mendengar ucapan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom di Himpunan 355, di Padang Merbok, hari ini.

8.30PM: Antara yang menyampaikan ucapan termasuklah Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Presiden Persatuan Peguam-peguam Muslim Malaysia, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar dan ramai lagi.

3 orang berkata:

Anonymous said...

Byk tu saja ke ahli2 Pas seluruh negara yg menyokong ruuHadi? Sblm ni ckp besar ahli Pas ada berjuta2 lemon..

Anonymous said...

Maknanya..lagi ramai yg tak menyokong ruuHadi.

Anonymous said...

Separuh yg dtg org umno

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.