Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

KOREA ADA MUSLIHAT BUNUH JONG NAM

Pas sokong cara Malaysia tangani kes Jong-nam
Abdul Hadi Awang
Abdul Hadi Awang

SHAH ALAM - Pas menyatakan sokongan terhadap ketegasan pihak berkuasa dan kerajaan dalam menangani isu pembunuhan individu daripada Korea Utara, Kim Jong-nam.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, tindakan pihak berkuasa tempatan melaksanakan siasatan dengan merujuk pada undang-undang dan tatacara yang ada dalam negara di mana kes pembunuhan itu berlaku adalah sesuatu tindakan yang perlu disokong.

"Kami ingin menyatakan sokongan di atas ketegasan pihak berkuasa negara kita terutamanya pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Kementerian Luar Negeri Malaysia dalam menangani isu pembunuhan individu dari Korea Utara pada 13 Februari 2017 lalu.


"Pas melihat isu ini mempunyai sudutnya yang tersendiri apabila wujudnya cubaan campur tangan dari pihak Korea Utara menerusi perwakilan mereka di negara yang boleh memburukkan lagi suasana hubungan diplomatik yang ada pada waktu ini, sebagaimana yang dilaporkan oleh media massa dalam dan luar negara. 

Pas secara konsisten memperjuangan kedaulatan Malaysia dari sebarang pencerobohan dan gangguan dari mana–mana pihak," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Jong-nam berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) dekat sini pada 13 Februari sementara menunggu penerbangannya ke Macau apabila diserang dua wanita dengan mukanya dilap dengan kain mengandungi cecair beracun.

Lelaki itu dilaporkan meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Putrajaya.

Sehubungan itu, polis menahan dua wanita secara berperingkat bersama-sama seorang lelaki Korea Utara yang dikenali Ri Jong Chol, 47, bagi membantu siasatan.

Jong-nam ke Malaysia pada 6 Februari menggunakan pasport dengan nama Kim Chol.
Siasatan polis masih berjalan merangkumi pelbagai sudut dan tidak menolak kemungkinan siasatan akan mengambil masa.

"Isu geopolitik dan percaturan dalaman negara yang dikatakan terlibat adalah tidak wajar menjadi alasan mana-mana pihak dari Korea Utara untuk mengganggu siasatan yang sedang dijalankan secara bebas dan professional oleh pihak polis," kata Abdul Hadi lagi.

4 orang berkata:

pelet santet said...

KAMI SEKELUARGA TAK LUPA MENGUCAPKAN PUJI SYUKUR KEPADA ALLAH S,W,T
dan terima kasih banyak kepada AKI atas nomor yang AKI
beri 4 angka [2434] alhamdulillah ternyata itu benar2 tembus .
dan alhamdulillah sekarang saya bisa melunasi semua utan2 saya yang
ada sama tetangga.dan juga BANK BRI dan bukan hanya itu KI. insya
allah saya akan coba untuk membuka usaha sendiri demi mencukupi
kebutuhan keluarga saya sehari-hari itu semua berkat bantuan AKI..
sekali lagi makasih banyak ya AKI… bagi saudara yang suka PASANG NOMOR
yang ingin merubah nasib seperti saya silahkan hubungi KI JAYA,,di no (((085-321-606-847)))
insya allah anda bisa seperti saya…menang NOMOR 750 JUTA , wassalam.

Anonymous said...

Boleh tak kita buat cam ni?

"Jom kita main kutu. Kalau hang tak bayaq duit aku, hang cerai isteri talak tiga".....

Bole tak baiah lagu tu?

Anonymous said...

al keldai je baiah macam tu.

dong dong23 said...

true religion jeans
mlb jerseys
oakley sunglasses
adidas superstar
yeezy boost 350 v2
lebron james shoes
christian louboutin sale
cheap jordans
burberry handbags
adidas yeezy boost 350
20174.15wengdongdong

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.