Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

DAP DAN YANG LAINNYA ADALAH SAMA, MEREKA TETAP MENENTANG RUU 355

DAP kekal pendirian dalam isu RUU355
Gobind Singh
Gobind Singh

PUCHONG – Meski Himpunan Rang Undang-undang (RUU) Akta 355 dianjur di Padang Merbok, Kuala Lumpur, semalam mendapat sokongan ribuan rakyat namun DAP tetap dengan pendirian tidak menyokong sebarang cadangan untuk pindaannya.

Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo berkata, seperti yang dimaklumkan sebelum ini parti DAP sudah menetapkan pendirian jelas berhubung cadangan pemindaan RUU berkenaan.
Katanya, Pas didakwa mempunyai hak menganjurkan himpunan kelmarin untuk meraih sokongan dan sudah melaksanakannya.

 “Seperti yang saya dan Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari beritahu sebelum ini, Pas ada hak anjur himpunan dan mereka sudah pun laksanakannya.

“Golongan yang berhimpun di Petaling Jaya untuk menolak himpunan RUU, mereka juga ada hak berkumpul asalkan dibuat secara aman dan mengikut undang-undang.

“Namun bagi DAP pendirian tetap sama, tidak menyokong sebarang cadangan meminda RUU daripada yang asal,”katanya ketika ditemui di Program Hari Keluarga anjuran Jawatankuasa Penduduk (JKP) Zon 10, di Bandar Puchong Jaya, di sini.

Beliau berkata, pihaknya terus menentang pindaan RUU berkenaan dan akan menyatakan sebab terperinci ketika usul pindaan dibahaskan di Parlimen kelak

 “Mereka asyik cakap ia hanya membabitkan pindaan untuk memperkasakan undang-undang syariah tapi kita  melihat pandangan daripada sudut yang berbeza daripada pelbagai pihak

“Semua pandangan ini akan dibawa ke Dewan Rakyat apabila perkara itu dibahaskan dan kami akan nyatakan sebab secara terperinci mengapa kami menentangnya,”katanya.

2 orang berkata:

Anonymous said...

Kenapa tak berani sebut MCA GERAKAN MIC MP2 SERAWAK SABAH...sebab mereka tu kompenan BN..takut kawan sedondon terasa hati....hypocerit...

Anonymous said...

Aku rasa kawan sedondon dia pun tak sokong

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.