Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

PERNAH YUSUF RAWA HENTAK KAKI SAMPAI BENGKAK MARAHKAN MAHADHIR DI SABAK BERNAM

'Orang Pas masih ingat apa Mahathir buat'
'Orang Pas masih ingat apa Mahathir buat'
Zulkifli (empat kiri, atas) ketika ditemui di Ipoh, hari ini.

IPOH - Pas dan Bersatu tidak akan menjalinkan kerjasama bagi menghadapi PRU14 disebabkan perbezaan ideologi dan pengaruh yang dimiliki Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bekas ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin berkata, sehingga kini masih ramai pimpinan selain akar umbi Pas yang mengingati tentang perlakuan dan tindak tanduk Mahahthir ketika memerintah negara suatu ketika dulu.

"Kedua-duanya mempunyai sejarah yang bercanggah. Pas konsisten menentang kepimpinan Tun Dr Mahathir hingga kini. Jadi tak mungkin mereka boleh bersama sebagaimana mereka tak boleh bersama DAP.

"Bagi saya, kalau setakat Muhyiddin Yassin (Tan Sri) mungkin Pas boleh terima tetapi tidak Mahthir. Perkara ini lebih menjurus ke arah individu dan bukan parti," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Program Reunion @ 55 Batch 1969-1974 di Sekolah Kebangsaan Seri Kinta, di sini, hari ini.

Menurutnya, meskipun ada di kalangan pimpinan kedua-dua parti melakukan pertemuan namun ia dilihat tidak serius kerana sehingga kini tiada sebarang keputusan diputuskan.

1 orang berkata:

Anonymous said...

Zulkifli nordin ni yg ckp besar 101% gerenti menang di shah alam pru13. Confident je boleh menang dgn cara menipu.Last2 kalah teruk kantoi dgn Khalid Samad.kahkahkah

Patutlah boleh geng dgn Pas balik. Dulu kena tendang keluar parti.sama2 bodoh sombong, cakap besar tp tin kosong.

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.