Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

KALAU DAH PRESIDEN MINTA MAHFUZ TINGGALKAN PAS, APA TUNGGU LAGI ? BERAMBUUUUUS !

Hadi minta Mahfuz tinggalkan Pas
Abdul Hadi Awang
Abdul Hadi Awang 
 
MARANG –  Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang meminta Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar meninggalkan parti itu jika tidak berpuas hati dengan keputusan dibuat dalam parti daripada terus mengkritik dan menyerang Pas.

“Kalau orang Pas dia kena ikut cara Pas. Kalau dia tidak mahu ikut cara Pas dia kena keluar. Itu lebih baik.

"Saya sokong macam kenyataan (Naib Presiden Pas) Datuk Nik Amar (Nik Abdullah),” katanya ketika ditemui di Rusila di sini, hari ini.


Beliau menjelaskan, bukan hanya Mahfuz tetapi pemimpin dalam parti perlu meninggalkan Pas sekiranya mereka tidak lagi menyokong dasar yang telah ditetapkan dalam parti itu.

Dalam pada itu, beliau juga Ahli Parlimen Marang itu turut mengesahkan menerima aduan dari akar umbi malah Ahli Parlimen Pokok Sena itu bakal berdepan dengan tindakan disiplin ekoran kelantangannya dalam mengkritik parti itu.

“Kita menerima laporan daripada kawasan-kawasan masing-masing bukan (laporan) secara peribadi. Laporan kawasan sendiri... Pokok Sena, termasuk kawasan-kawasan lain juga pun hantar dan mereka tidak menyokong pimpinan yang begitu.

“Ahli-ahli Pas yang bekerja tidak mahu pemimpin mereka begitu…kalau dia ada maruah, ada (harga) diri dia perlu letak jawatan daripada parti termasuk juga wakil rakyat kerana rakyat pilih dia di atas nama Pas bukan atas nama batang tubuh dia.

“Biar dia letak (jawatan)…Kalau dia ada maruahlah,” katanya.

Bagaimanapun, pihaknya tidak akan mengambil tindakan hanya berdasarkan laporan media. 

“Kita cermat dan teliti dan tidak mengambil tindakan berdasarkan laporan media sahaja, mesti laporan dari kawasan daripada cawangan. Saya dimaklumkan laporan sudah dihantar kepada jawatankuasa disiplin, terpulang kepada jawatankuasa disiplin.

“Itu (nasib Mahfuz) terpulang kepada jawatankuasa disiplin, disiplin ini.. sama ada diberi amaran, diberi nasihat, di gantung ahli atau dipecat…Itu (keputusan) jawatankuasa disiplin,” katanya.

8 orang berkata:

Anonymous said...

Pas bila nak berambusss dari Selangor? Buat menyemak je.

Anonymous said...

Apa ko ingat pas tu bapak dia punya? Kalau bapakkkk dia punya, dah lama mahfuz berambusss.

Anonymous said...

Hadi bila nak berambusss?

Anonymous said...

Kalau sayang sangat kat umbo tu pergilah berambusss

Anonymous said...

Pergi berambussss la ambik dedak tu

Anonymous said...

Kepada semua ahli pas...
Jom kita berambuss

Anonymous said...

Bila mau berambusss jumpa ayatololla? Pergilah berambuss

Anonymous said...

Hhahaha..kan dah kena sebijik dgn TGHH...berambus la msuk DAP tu..bahlol punya Mampuz

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.