Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

DIKAWAL KETAT ?

2 suspek tiba di mahkamah dalam kawalan ketat
Dua wanita didakwa bunuh Jong Nam
Warga Vietnam Doan Thi Huong, 29, dibawa keluar dari Kompleks Mahkamah Sepang hari ini berhubung pendakwaan kes pembunuhan abang pemimpin Korea Utara, Kim Jong-nam. - Foto Bernama

SEPANG - Dua suspek wanita asing yang menghadapi pendakwaan hari ini berhubung kes pembunuhan warga Korea Utara, Kim Jong-nam tiba di Kompleks Mahkamah Sepang di sini dalam keadaan dikawal ketat.

Dua suspek berkenaan tiba dalam konvoi pacuan empat roda berasingan oleh pasukan polis yang menggunakan penutup muka serta diiringi polis trafik dan kereta peronda polis.

Konvoi pertama lapan pacuan empat roda yang membawa suspek pertama tiba di kompleks mahkamah kira kira 9.34 pagi manakala konvoi enam pacuan empat roda membawa suspek kedua tiba enam minit kemudian.

Kebanyakan media tidak dapat melihat dua suspek berkenaan kerana mereka dibawa ke bahagian belakang mahkamah yang tidak dapat diakses semua media. Kawalan di sekitar kompleks mahkamah juga diperketatkan dengan kehadiran anggota polis yang agak ketara ramai.

Polis trafik juga mengawal lalu lintas di laluan di hadapan kompleks mahkamah.

Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali semalam berkata dua wanita asing akan dihadapkan di mahkamah hari ini bagi menghadapi tuduhan.

Warga Vietnam dan Indonesia itu ditahan reman selama 14 hari mulai 16 Februari lepas bagi membantu siasatan berhubung kes pembunuhan Jong-nam di Lapangan
Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) pada 13 Februari lepas.

 Jong-nam yang merupakan abang pemimpin Korea Utara Kim Jong-un berada di KLIA2 untuk penerbangan ke Macau apabila dua wanita didakwa menyapu muka mangsa dengan tangan mereka yang dipercayai telah disembur bahan beracun.

Jong-nam yang memasuki negara ini dengan menggunakan pasport tertera nama Kim Chol meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Putrajaya.

Media yang dibenarkan mengikuti prosiding pendakwaan dalam mahkamah adalah terhad manakala beratus lagi pengamal media berkumpul di luar.

Apabila kelibat seorang peguam tiba di kompleks mahkamah, beliau dikerumuni para wartawan tempatan dan antarabangsa yang sedia menunggu di luar dan mahu mengetahui suspek mana yang beliau wakili.

Gooi Soon Seng dari Tetuan Gooi & Azura berkata beliau mengetuai barisan peguam bagi Siti Aisyah dan dilantik oleh pihak kedutaan Indonesia.

Pasukan beliau akan terdiri daripada lima hingga enam orang peguam. - Bernama

0 orang berkata:

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.