Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

INGATKAN CERDIK TAPI BODOH, DIA INGAT PROGRAM TU TAK DE AGENDA, MEMANG BANGANG !


Pimpinan Kerajaan Kelantan tidak 'gentleman'
Husam Musa
Husam Musa

KOTA BHARU - Penasihat Parti Amanah Negara (Amanah), Husam Musa hari ini membidas pimpinan kerajaan Kelantan yang didakwa tidak memberi ruang untuk berdebat dan berucap di pentas program 'Husam Lari Dari Debat Baiah' yang berlangsung malam tadi.

Menyifatkan pimpinan kerajaan Kelantan tidak 'gentleman', katanya, beliau kecewa apabila peluang untuk berdebat dihalang oleh Adun Meranti, Datuk Nasaruddin Daud.

"Ingatkan malam ini debat bai'ah akan berlangsung. Malang! Bukan Husam lari. Husam mari. 

Namun, ia hanya menjadi majlis mempamerkan pimpinan Kerajaan Kelantan tidak gentleman.

"Jangkaan saya akan diberi berucap sepatah dua meleset. Untuk makluman Meranti (Nasaruddin) saya masih bersedia berdebat bila-bila masa dengan beliau," katanya dalam kenyataannya menerusi Facebook, malam tadi.

[ARTIKEL BERKAITAN: Kecoh: Husam 'serang' ceramah Pas]

Suasana tenang di  Ceramah "Husam Lari dari Debat Baiah" bertukar riuh apabila Husam tiba-tiba muncul di Pekarangan Stadium Sultan Muhammad IV itu.

Husam yang tiba jam 11 malam sewaktu Yang Dipertua Pas Kawasan Ketereh, Wan Ismail Wan Jusoh sedang memberi ucapannya dilihat menaiki pentas utama dan duduk bersama pemimpin Pas yang lain.

Tindakan tersebut telah menimbulkan ketidakselesaan penonton mahupun pemimpin yang ada di atas pentas itu, sekali gus dilemparkan dengan kata-kata yang tidak sopan oleh beberapa penyokong yang hadir.

0 orang berkata:

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.