KOTA BHARU - Bekas Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa perlu mengemukakan ‘cabaran’ baru jika berhasrat meneruskan debat baiah bersama Ketua Penerangan Pas negeri, Datuk Nassuruddin Daud.

Ahli Jawatankuasa Pas negeri, Nik Bahrum Nik Abdullah berkata, ia berikutan cabaran debat yang dikemukakan sebelum ini telah dikira selesai berdasarkan tempoh masa diberikan.

“Tempoh kita hingga akhir Januari. Kalau nak buat juga kena cabar balik la, dan akan ditentukan oleh mesyuarat semula. Tapi saya tak dapat bagi jaminan.

[ARTIKEL BERKAITAN: Kesal tindakan Husam kacau ceramah]

“Saya ada kerja, sebelah dia pun ada kerja, duk main tarik-tarik, kita mesti ada definite time, bulan yang berakhirnya, sepatutnya,” katanya kepada media selepas menyampaikan ceramah ‘Husam Lari dari Debat Baiah’ di pekarangan Stadium Sultan Muhammad IV di sini, malam tadi.

Malam tadi ceramah "Husam Lari dari Debat Baiah" bertukar kecoh apabila Husam tiba-tiba muncul di lokasi itu dan duduk di atas pentas ceramah Pas.