Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

ITU LEBIH BAIK DAN ADA RASA HARMONI

MCA tidak berhasrat campur tangan isu RUU 355
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Kedua, Datuk Seri Ong Ka Chuan
Ong Ka Chuan

IPOH - MCA tidak pernah berhasrat untuk mencampuri urusan berkaitan agama Islam seperti pindaan Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 atau RUU 355, kata Setiausaha Agung MCA Datuk Seri Ong Ka Chuan.  

Beliau berkata ini kerana apabila parti itu menyuarakan pandangan mengenai RUU 355, ia bukan bermakna mereka anti Islam atau mahu campur tangan dalam hal ehwal agama Islam di negara ini.  

"Isu ini (RUU 355) sangat sensitif kerana ia melibatkan agama dan sebagai parti politik, kita perlu menyuarakan pandangan bagi pihak masyarakat Cina  supaya tidak ada kekhuatiran dan kebimbangan di kalangan mereka.

"Seterusnya isu itu tidak akan memecah belah semangat perpaduan antara kaum di negara ini.

"Saya meminta maaf kalau ada sesiapa yang tersinggung perasaan kerana MCA berniat baik, kita mahu sentiasa bersatu padu dan hidup dalam keadaan aman damai," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri sambutan Tahun Baharu Cina anjuran Wanita MCA Perak yang turut dihadiri Ketua Wanitanya Datuk Heng Seai Kie di sini hari ini.

Sebelum ini, pada perasmian Perhimpunan Agung Tahunan MCA ke-63, Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai dilaporkan berkata MCA akan membantah RUU itu kerana dikatakan bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan dan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu.

RUU Persendirian berkenaan telah dibawa oleh Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Parlimen pada 24 November tahun lepas bertujuan meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355, bagi memperkasa mahkamah syariah dalam melaksanakan hukuman jenayah.

Dalam perkembangan lain, Ong berkata MCA akan mengadakan mesyuarat agung luarbiasa (EGM) pada 4 Mac depan bagi meminda perlembagaan parti untuk membolehkan Pengerusi Wanita Bahagian dan Cawangan menjadi perwakilan seterusnya dapat memilih kepimpinan tertinggi peringkat pusat dan menghadiri mesyuarat agung tahunan parti itu di Kuala Lumpur.

Beliau yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri II berkata perlembagaan parti itu perlu dipinda kerana sebelum ini Pengerusi Wanita Bahagian dan Cawangan hanya boleh menghadiri mesyuarat agung tahunan di peringkat wanita sahaja tetapi tidak boleh menghadiri mesyuarat agung tahunan parti itu.

"Jadi dengan meminda perlembagaan ini, Pengerusi Wanita Bahagian dan Cawangan dapat menghadiri kedua-dua mesyuarat peringkat wanita dan mesyuarat agung tahunan.

"Perubahan ini bagi membolehkan ramai perwakilan wanita dalam badan induk MCA dan memberi mereka peluang menyertai dalam pemilihan pucuk pimpinan parti," katanya. – Bernama

7 orang berkata:

Anonymous said...

Tahniah..ruu355 berjaya dibentangkan di padang merbuk.

Master Sgp said...

saya ingin berbagi cerita kepada semua teman-teman bahwa saya yg dulunya orang yg paling tersusah,walaupun mau makan itu pun harus hutang dulu sama tetangga dan syukur kalau ada yg mau kasi,semakin aku berusaha semakin jauh juga pekerjaan dan selama aku ingin berbuat baik kepada orang lain semakin banyak pula yg membenci saya karna saya cuma dianggap rendah sama orang lain karna saya tidak punya apa-apa,dan akhirnya saya berencana untuk pergi mencari dukun yg bisa menembus nomor dan disuatu hari saya bertemu sama orang yg pernah dibantu sama AKI ALHI dan dia memberikan nomor AKI ALHI,dia bilan kepada saya kalau AKI ALHI bisa membantu orang yg lagi kesusahan dan tidak berpikir panjang lebar lagi saya langsun menghubungi AKI ALHI dan dengan senan hati AKI ALHI ingin membantu saya,,alhamdulillah saya sudah menang togel yg ke5 kalinya dan rencana saya bersama keluarga ingin membuka usaha dan para teman-teman diluar sana yg ingin seperti saya silahkan hubungi AKI ALHI,di ((( 0823 1366 9888 ))) saya sangat bersyukur kepada allah karna melalui bantuan AKI ALHI, dan kini kehidupan saya sudah jauh lebih baik dari sebelumnya,ingat kesempatan tdk akan datan untuk yg kedua kalinya Atau >
KLIK DISINI

Sebenarnya semua org islam nak sokong ruu 355 ni. Tapi pendekatan pas yg sombong dan suka memperlekehkan org lain, menyebabkan mereka berubah arah. Pada hemat saya, mereka bukan benci ruu355 tapi benci kpd hadi dan sikap buruk ahli pas.

Itu pendapat saya la sbg atas pagar

Anonymous said...

Saya juga percaya kalau pas masih dlm PR atau PH, umno akan tentang ruu ni dan semua islam dlm PR @ ph akan sokong 100%.

Saya percaya ruu355 ini akan gagal dalam undian berdasarkan kepercayaan tidak semua mp umno akan menyokongnya kerana takut pd mca, mic dan gerakan yg bakal kehilangan undi.

Bagi sesetengah orang, undi lebih penting drp ruu355. Bagi sesetengah orang pula ruu355 dibuat untuk menambah undi walaupun ruu gagal sbb yg penting bg mereka ialah undi. Mereka ini penjual agama utk dunia.

Anonymous said...

Allah suruh menuntut ilmu...
Allah suruh berdakwah....
Allah suruh berbuat baik..
Allah suruh cegah kemungkaran....
#Allah yang tentukan berjaya/tidak
#Allah yang tentukan pandai/tidak
#Allah yang tentukan segalanya.
Tugas kita Cuba/usahakan apa yang disuruh....

Anonymous said...

Yaaa betul...Allah tak suka org yg byk cakap..tapi tiada usaha utk buat kebaikan.

Hamba Allah said...

Mana anjing2 kapiaq yg suka mengomen...mari mengomen cpt free je tau

Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.