Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

SENARAI ORANG MELAYU DAN CINA ANTI RUU 355. ZAID IBRAHIM WAKIL DAP ?

Tolak Akta 355 suram, tiada sambutan
Tolak Akta 355 suram, tiada sambutan
Sebahagian masyarakat yang menghadiri perhimpunan Tolak Akta 355 di tasik Taman Jaya, Petaling Jaya, hari ini. 
PETALING JAYA - Perhimpunan Tolak Akta 355 anjuran badan bukan kerajaan (NGO), Bebas, di tasik Taman Jaya, di sini tidak mendapat sambutan daripada rakyat Malaysia.

Kira-kira 100 individu sahaja yang turut serta dalam himpunan tersebut yang bermula pada jam 3 petang dan berakhir 5.30 petang tadi.

"Tak Nak Usul 355", "Tolak Usul Hadi", "Tolak Hudud Hadi" dilaungkan beberapa kali oleh peserta yang hadir membawa plakad tertera perkataan "Tolak Pengislaman Malaysia", "Ini Malaysia Bukan Arab Saudi", "RUU Mainan Politik" dan banyak lagi.

Himpunan tersebut turut dihadiri oleh bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim, Naib Ketua Pemuda Gerakan Andy Yong dan peguam Siti Kasim.

Dalam ucapannya, Zaid menegaskan bahawa pindaan akta tersebut hanyalah mainan politik Pas dan Umno demi survival politik masing-masing menjelang PRU14.

Dakwanya sekiranya usul tersebut hendak memperkasakan undang-undang syariah, sudah lama Majlis Raja-Majlis akan meluluskan pindaan berkenaan.

"Ini tidak. Pindaan ini tidak dipersembahkan kepada Majlis Raja-Raja.
"Jadi, saya melihat ini lebih kepada kelangsungan politik bagi Datuk Seri Najib dan Datuk Seri Hadi sahaja," katanya.

Zaid turut mempersoalkan usaha yang dilakukan oleh Najib sebagai Pengerusi BN dalam menyakinkan ahlinya untuk mengundi pindaan tersebut di Parlimen.

Jelasnya, Najib dilihat tidak memberi pencerahan kepada ahlinya berhubung pindaan tersebut.

"Selain itu, saya nampak perkara ini hanya mainan politik Pas. Mereka seperti ketandusan idea untuk membangkitkan apa-apa isu lain," katanya.

13 orang berkata:

Anonymous said...

Mungkin sikit sebab takde bas percuma dan makan percuma mcm di himpunan ruuHadi.

Anonymous said...

Koh7....bagi sedah hati ko...kih8

Anonymous said...

Ruu 355 tu dah lulus ke?
Aku tak sempat nak tengok la

Anonymous said...

Kesian...kesian...

Anonymous said...

Berjota2 rakyat malaysia yang tak pergi tu penyokong Ahok ke ? Saja nak tanya PP Perak.

pelet santet said...

KAMI SEKELUARGA TAK LUPA MENGUCAPKAN PUJI SYUKUR KEPADA ALLAH S,W,T
dan terima kasih banyak kepada AKI atas nomor yang AKI
beri 4 angka [9004] alhamdulillah ternyata itu benar2 tembus .
dan alhamdulillah sekarang saya bisa melunasi semua utan2 saya yang
ada sama tetangga.dan juga BANK BRI dan bukan hanya itu KI. insya
allah saya akan coba untuk membuka usaha sendiri demi mencukupi
kebutuhan keluarga saya sehari-hari itu semua berkat bantuan AKI..
sekali lagi makasih banyak ya AKI… bagi saudara yang suka PASANG NOMOR
yang ingin merubah nasib seperti saya silahkan hubungi KI JAYA,,di no (((085-321-606-847)))
insya allah anda bisa seperti saya…menang NOMOR 750 JUTA , wassalam.

Anonymous said...

Ahli pas yg tak dtg pun penyokong ahok??

Anonymous said...

Drp 222 org tu, berapa org datang??

Unknown said...

Anon 3:36...awat bangang sangat. Hang ingat puak anti RUU355 cikai2 ka. Hang tengok bersih, ada ka bas dan makanan percuma.

Anonymous said...

Nisbah yg sokong berbanding penduduk msia ialah:

50000/30000000

Anonymous said...

Dgn kerjasama umno pun cuma mampu kumpul 50K?? Cuba bayangkan kalu tak ada kerjasama umno....5K jer kot

Anonymous said...

Pas tak berani buat di tpt yg besar spt stadium kerana tahu byk duit lebai yg akan keluar. Nak kena suap dedak kat keldai2 yg dtg. Bas, baju, makan minum, duit shopping dll. Pas dah sama dgn perangai Umno.

Anonymous said...

Anon 7:58 ko yg bangang. Yg dtg Bersih guna perbelanjaan sendiri. Yg dtg himpunan ruuHadi diangkut dgn bas, diberi makan minum, baju dll. Bersih isu rakyat dan negara. ruuHadi politik jual agama.

Agung, raja2 melayu, PM dan org2 atasan kerajaan 90% org Islam. Yg bodohnya org Islam Pas konon nak laksanakan Islam tp kena berdemo dan salahkan DAP.

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.