Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

H355 DI MERBOK

Liputan langsung Himpunan 355 di Padang Merbok
Liputan langsung Himpunan 355 di Padang Merbok
Suasana Himpunan RUU355 di Padang Merbok. –Foto Sinar Harian
KUALA LUMPUR - Himpunan 355 (H355) yang bertujuan meraih sokongan terhadap Rang Undang-Undang (RUU) Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 telah bermula.
Himpunan di Padang Merbok di sini itu, mula dibanjiri peserta sejak jam11 pagi lagi.

Kemuncak acara akan bermula pada jam 9 malam dimulakan dengan ucapan oleh Timbalan Presiden Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man dan diakhiri dengan pidato oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada jam 10 malam.

Semalam, Pengarah H355, Nasrudin Hassan mengingatkan peserta supaya tidak melakukan sebarang provokasi dan respons kepada provokasi yang dicetuskan oleh mana-mana pihak.

Beliau berkata, peserta diharapkan hadir dalam keadaan tenang, banyakkan zikir dan berselawat.

Pihak penganjur turut menempatkan kira-kira 2,500 petugas Amal dan 1,500 pasukan Sukarelawan H355.

Orang ramai boleh terus berhubung dengan pihak urus setia di khemah di lot parkir di Padang Merbok.

Sebelum ini,  RUU 355 telah dibawa oleh Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Parlimen pada 24 November lepas bertujuan meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355, bagi memperkasa mahkamah syariah dalam melaksanakan hukuman jenayah.

Ikuti laporan langsung dari wartawan Sinar Harian menerusi Facebook Sinar Harian, Twitter @SinarOnline dan Instagram Sinar Online.

2.00PM – Peserta mula membanjiri Padang Merbok setelah selesai solat Zohor yang diimamkan oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob.

3.00PM - Himpunan bermula dengan persembahan nasyid dan ucapan dari beberapa pemimpin termasuk Ketua Penerangan Dewan Himpunan Penyokong PAS, 'Dr Balachandran G Krishnan dan beberapa NGO seperti Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM). 

3.25PM – Sebahagian peserta himpunan mula memenuhi Jalan Parlimen berarak masuk ke Padang Merbok.

1 orang berkata:

Anonymous said...

Cuaca agak panas tapi demi agama kita, marilah kita terus memberi sokongan padu.
Rasanya padang merbuk tidak dapat menampung kehadiran peserta yang datang mencurah-curah.

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.