Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Mahadhir buat provokasi, NAJIB PENCURI WANG RAKYAT

'Saya tunggu Najib heret saya ke mahkamah'


'Saya tunggu Najib heret saya ke mahkamah'
Tun Mahathir (tengah) bersama pemimpin Bersatu Pulau Pinang dan Kerajaan Pulau Pinang di Program Bicara Perdana Bersama Tun Mahathir di Balik Pulau, malam tadi.



BALIK PULAU - Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengheretnya ke muka pengadilan jika dakwaannya sebelum ini tidak betul.

Mahathir berkata, seseorang itu akan melenting jika tuduhan yang dilemparkan terhadapnya tidak benar sebaliknya Najib hanya berdiam diri.

Beliau berkata, sepatutnya Najib sedar rakyat kini mula mengetahui perbuatannya sehingga imej negara tercemar di mata dunia.

"Rakyat tahu, Najib mencuri wang rakyat dan kerajaan sehingga negara menanggung beban hutang yang begitu banyak. Saya hairan, dari dulu saya gelar dia pencuri, tetapi sehingga kini, dia tak pernah mengambil tindakan ke atas saya.

"Selalunya, jika orang tuduh kita perkara yang kita tidak buat, tentu kita marah dan ambil tindakan. Tetapi, Najib relaks saja. Saya tunggu Najib heret saya ke mahkamah kerana panggil dia pencuri (wang rakyat)," katanya ketika berucap di Program Bicara Perdana Bersama Tun Mahathir dihadapan kira-kira 500 hadirin di sini malam tadi.

Program itu turut dihadiri isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali, Pengerusi Penyelaras Keahlian Bersatu Pulau Pinang,  Marzuki Yahya, Pengerusi PKR Pulau Pinang, Datuk Mansor Othman dan Pengerusi DAP Pulau Pinang, Chow Kon Yeow.

Bekas Perdana Menteri itu mendakwa, Malaysia kini diambang kejatuhan di bawah pimpinan Najib.

"Adalah tugas Bersatu untuk pulihkan ekonomi negara dari terus dirosakkan Umno dan BN dibawah Najib. 

Saya rasa sedih untuk minta rakyat jangan sokong BN dan Umno lagi. Ini kerana, saya dahulu pun pemimpin kepada kedua-dua parti itu juga. Tetapi, Umno yang ada sekarang bukan seperti yang dahulu lagi.

"Umno tidak salah tetapi Najib guna Umno dan BN untuk lindungi tindakannya yang menyalahi undang-undang. Kepada yang masih sokong Umno, buang lah. Umno sudah dirosakkan. Dahulu memang kita sokong, tetapi kini tidak lagi. Jangan jual negara kerana disogokkan dengan dedak," katanya.

Dalam pada itu, Mahathir juga menyatakan perjuangan Bersatu yang ingin merampas pemerintahan negara bagi memulihkan semula ekonomi Malaysia di mata dunia.

"Hutang negara kini mencecah RM200 bilion. Saya yakin Najib tidak mampu nak bayar (hutang) balik. Sebab itu perjuangan kita (Bersatu) adalah untuk menyelamatkan negara. Jika tadbir negara, kita akan dapatkan semula wang yang diambil Najib.

"Kita akan dapatkan semula wang yang dibekukan di Singapura dan Amerika Syarikat. Saya harap rakyat buka mata dengan perjuangan kita ini. Perjuangan demi negara. Sekarang ini, rakyat nak mengaku kepada negara luar bahawa mereka dari Malaysia pun malu. Malu sebab ekonomi negara teruk," katanya.

Sambil menyifatkan dirinya ditipu, Mahathir memohon maaf kepada rakyat kerana memilih Najib sebagai Perdana Menteri bagi memimpin negara.

"Saya mohon maaf kerana saya yang menaikkan Najib sebagai Perdana Menteri. Saya ditipu. Sebenarnya dari dahulu saya kerap ditipu. Saya pun tak tahu bagaimana saya ditipu dengan memilih Najib," katanya.

16 orang berkata:

Anonymous said...

Ikut ruu355 Hadi, dia boleh dihukum 100 sebatan, 30 tahun penjara dan denda 100K. Sbb tu kena sokong ruu ni supaya jibon boleh dipenjara

Anonymous said...

Kpd nik abduh:

Kenapa hukuman maksimum dlm ruu bukan penjara 32 tahun, bukan denda 105 ribu dan bukan rotan 103 kali.

Apa rasional hadi letak hukuman maksimum cuma 30 tahun penjara, rotan cuma 100 kali dan denda cuma 100k saja??

Anonymous said...

Najib pencuri duit rakyat. Hadi tuan punahsihat 25% kpd najib.

Anonymous said...

Tahniah kerana berjaya bentang ruu di padang merbuk.

Anonymous said...

Jawapan Hadi utk walaunta Pas..suka hati ana lah nak letak brp2 pun hukuman. Kunci syorga ana yg pegang..

Anonymous said...

Hukuman tak adil sbb maksimum cuma denda rm100,000.00 sahaja. Kalau lebai cilok RM90,000,000.00 tak kan la kena denda 100,000.00 je??

Ni ruu nak tolon member yekkkkkkk???

Anonymous said...

Kpd nik amar.

Orang yg salah guna duit tabung anak2 yatim utk main golf ker, shoping ker, makan besarr ker.... klu ikut ruuHadi ni boleh rotan berapa kali yer?? Penjara 30 tahun boleh ke?

Anonymous said...

Wah!!! Sudah berjaya dibentang dan diundi2. Tahnia

Anonymous said...

Nak tanya. Kalu kebas balak bule berapa kali rotang?

Anonymous said...

Wah doremon berjaya membentang ruu nya di burung merbuk. Nobita dan sizuoka juga datang. Giant pun sudah undi

Anonymous said...

Nanti duit bapak org pas boleh digunakan utk bagi makan budak khalwat kat dalam penjara selama 30 tahun

Anonymous said...

Agaknya kalau ikut RUU 355 ini, apakah hukumannya jika seorang lelaki menunjukkan gambar kotenya kepada seorang wanita janda melalui gambar wassup? Bolehkah dia dirotan 100 kali atau dipenjara 30 tahun?

Anonymous said...

Potong saja kote tuu. Ke pak lebai terkecuali dari hudud?

Anonymous said...

Najib curi 2.6b, potong tangan najib. Hadi dapat dedak dari najib rm90juta nak hukum apa?

Anonymous said...

KPD HJ HADI:

Jika wak dogol kena tangkap zina dgn cik walaunti sbb ada kondom 2 bijik, perlu tak 4 saksi tak fasik diperlukan yg nampak kote wak dol masuk sarung. Kalau tak ada 4 saksi, boleh jatuh hukum ruu355 ker??

Anonymous said...

HIMPUN355 INI SEMUA ADALAH POLITIK. POLITIK CARI MAKAN ANAK MENANTU

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.