Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

OOOOO BELUM LAGI ADA KEPUTUSAN, MASIH CAKAP-CAKAP, MINUM-MINUM

Hasil pertemuan Pas, Bersatu belum diputuskan
Nasrudin Hassan
Nasrudin Hassan

KUALA LUMPUR - Pertemuan yang berlaku antara Pas dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) baru-baru ini masih diperingkat perbincangan dan penelitian, kata Ketua Penerangan Pas, Nasrudin Hassan.

Katanya, mengikut polisi Pas, hasil perbincangan oleh wakil parti akan dibawa balik ke Mesyuarat Pas Pusat untuk dibincang dan diputuskan semula.

"Keputusan belum diambil. Bukan disitu tempat membuat keputusan. kedudukan dari aspek politiknya sebelum ia dimuktamadkan oleh Majlis Syura Ulamak (MSU) dalam perkara yang melibatkan hubungan dengan parti lain sebagaimana yang diperuntukkan oleh Perlembagaan Parti dibawah bidang tugas MSU.

"Insya-ALLAH, Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man sebagaimana dalam kenyataan beliau bersama Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Mukhriz Mahathir akan membawa maklumat perbincangan ke peringkat kepimpinan tertinggi parti masing-masing," katanya dalam kenyataan.


Tambahnya lagi, kedudukan dan status hubungan kerjasama Pas-Bersatu juga akan diperhalusi dan diputuskan dalam mesyuarat selepas ini.

"Ertinya sehingga kini tiada apa apa keputusan muktamad yang diputuskan mengenai hubungan Pas dan Bersatu. Ia masih diperingkat perbincangan dan penilaian.

"Sementara itu, keputusan sikap semasa Pas terhadap DAP dan Amanah adalah suatu yang telah dimuktamadkan bahawa Pas tiada apa apa hubungan dengan DAP dan juga Amanah, justeru itu Pas tidak menyertai Pakatan Harapan," katanya lagi.

7 orang berkata:

Anonymous said...

Ya Rab, gagalkanlah kerjasama pas dgn bersatu ini. Kami ingin perubahan di kelantan

Anonymous said...

Bila PAS nak berambus dari Selangor?

Zahid Hamidi said...

Assalamu alaikum warohmatullahi wabarakatu.
Saya ingin berbagi cerita siapa tau bermanfaat kepada anda bahwa saya ini seorang TKI dari johor bahru (malaysia) dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar bpk hilary joseph yg dari hongkong tentan MBAH WIRANG yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya saya juga mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomer toto 6D dr hasil ritual beliau. dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus dan menang RM.457.000 Ringgit selama 3X putaran beliau membantu saya, saya tidak menyanka kalau saya sudah bisa sesukses ini dan ini semua berkat bantuan MBAH WIRANG,saya yang dulunya bukan siapa-siapa bahkan saya juga selalu dihina orang dan alhamdulillah kini sekaran saya sudah punya segalanya,itu semua atas bantuan beliau.Saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH WIRANG atas bantuan nomer togel Nya. Bagi anda yg butuh nomer togel mulai (3D/4D/5D/6D) jangan ragu atau maluh segera hubungi MBAH WIRANG di hendpone (+6282346667564) & (082346667564) insya allah beliau akan membantu anda seperti saya...




Anonymous said...

Bila dah tak ada jawatan

Anonymous said...

Kerjasama pas dengan bersatu sebenarnya tidak akan menjadi faktor utk memenangkan pas dan bersatu.

Kegagalan pru14 kpd pembangkang adalah kerana kegagalan mereka menguruskan budak nakal dan cerdik iaitu pan dan dap.

Anonymous said...

Betul ke ahli pas akan undi calon bersatu? Pening la....

Anonymous said...

Ha ha

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.