Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

PAN PARTI MENYEBUK .....

UNDI CINA LARI DARIPADA PAS.
UNDI MELAYU LARI DARIPADA PKATAN HARAPAN.
MELAYU LARI DARI PAKATAN HARAPAN 
SEBAB DAP DAN PAN
 
LEBIH BAIK PAS BERSENDIRIAN
DARI BERKAWAN DENGAN
PARTI YANG TIDAK MENGHORMATI
DASARNYA
 
-Pak Karamu-
 
 
Amanah bimbang jika gabung Pas
Amanah bimbang jika gabung Pas
 
Mohamad ketika berucap sempena Dialog Terbuka Isu-Isu Semasa Bersama Presiden Amanah Dan Pimpinan Pakatan Harapan Terengganu di Dewan Hotel YT Midtown, semalam.
 
KUALA TERENGGANU - Keputusan bergabung dengan Pas lebih membimbangkan Amanah berbanding pertandingan tiga penjuru pada PRU14 akan datang.

Presidennya, Mohamad Sabu berkata, desakan bergabung dengan Pas lebih merugikan dan boleh menyebabkan pengundi khususnya bukan Melayu lari daripada Pakatan Harapan, sebaliknya bertegas pakatan itu berpeluang menang sekalipun berlaku pertandingan tiga penjuru.

Beliau berkata, pengundi bukan Melayu telah menunjukkan penolakan kepada Pas khususnya dalam PRK Parlimen Sungai Besar, Selangor, Jun tahun lalu apabila Pas gagal mendapat sebarang undi di saluran tertentu di dua peti undi sedangkan di Selangor, Pas masih lagi bergabung bersama-sama PKR dan DAP dalam Kerajaan Selangor.

“Oleh itu, rakan kita daripada Keadilan (PKR), kita bimbang kalau kita terus desak untuk bersama dengan Pas, undi kita lari... Kalau kita tegas dengan pendirian kita ke arah pemerintahan yang baik, tidak mahu (menyokong) puak-puak (yang terlibat) dengan rasuah, saya yakin PRU akan datang, kalau Terengganu tidak berjaya (dirampas oleh Pakatan Harapan), lain-lain negeri kita yakin akan berjaya.

“...Kita tengok Kajian Invoke dan kajian-kajian yang lain, tidak peliklah kalau kita ambil alih Putrajaya pada PRU akan datang walaupun tiga penjuru. Jadi janganlah kita harap hendak menang semua tetapi menang cukup bilang.

 Saya kata tadi hendak lonjak ambil alih Malaysia itu, kena (tarik) undi bukan Islam dulu sebab orang Melayu ini kalau kita ambil alih Malaysia, dia akan ikut. 

Terutama orang Pantai Barat, dia akan ikut siapa yang perintah,” katanya ketika berucap sempena Dialog Terbuka Isu-Isu Semasa Bersama Presiden Amanah dan Pimpinan Pakatan Harapan Terengganu di Dewan Hotel YT Midtown, di Jalan Tok Lam, di sini, semalam.

Turut hadir, Pengerusi Amanah Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad, Pengerusi PKR Terengganu, Azan Ismail dan Pengerusi DAP Terengganu, Ng Chai Hing.

Mengulas lanjut, Mohamad yakin menang di Kelantan sekali gus meluaskan pengaruhnya di negeri Pas itu pada PRU akan datang berikutan pergolakan dalaman yang cukup hebat didakwa berlaku dalam Pas di negeri itu.

Menurutnya, rakyat Kelantan juga mempunyai sikap tegas sebagaimana pengundi Cina dan memberitahu sebahagian ahli Pas yang mempunyai jawatan di peringkat bawah pernah membuat pengakuan berterus-terang kepadanya untuk menyokong Amanah.

Jelasnya lagi, pihaknya turut dikejutkan dengan kaji selidik oleh Pusat Inisiatif Dasar Invoke (I-CPI) yang menunjukkan 38 peratus ahli Pas akan menyokong Pakatan Harapan pada PRU14.

“Dari awal saya tubuh Gerakan Harapan Baru, saya yakin Kelantan kita boleh dapat sebab Kelantan ada sedikit budaya Cina. Dia boleh ubah dan patah balik. 

Pada tahun 1959, Terengganu pun menang waktu itu, dia (pengundi Kelantan) boleh bagi Pas dua kerusi, dia boleh bagi BN kosong, lepas itu dia boleh bagi Pas kosong pula,” katanya.

Apaa yang penting katanya, usaha berterusan boleh membantu untuk terus mewujudkan momentum sokongan rakyat kepada Pakatan Harapan khususnya Amanah yang bakal menyertai PRU buat kali pertama dalam negara bagi penggal ke-14.

11 orang berkata:

Anonymous said...

Sesibuk PAN, PAS terpaksa buat ceramah mega semata-mata nak jawap isu RM90 juta. PAS sudah kekeringan isu rakyat kesiannya.

Anonymous said...

Aku pun setuju 3 penjuru. Di mana pas bertanding, di situ pan bertanding. Tak payah la bising2. Husam pun dah setuju pan bertanding di semua kerusi pas. Demokrasi tak bolehlah nak halang org bertanding.

Jadi tak ada masalah la. Mulut tutup dan buat kerja masing2..tak gitu?

Anonymous said...

Hanya kerana husam seorang, habis seluruh pakar kekuatan pas kelam kabut macam gempa bumi besar akan berlaku. Habis gegar kubu2 pas ke hulu ke hilir kebingungan.....

Tu baru sorang.
Belum lagi rafizi bukak mulut

Anonymous said...

Tengok gayanya memang lingkup pru14 ni

Anonymous said...

Tempat lebai dol kita buat 9 penjuru

Anonymous said...

Ente gi beng mana hari ni?
Beng apim ker beng lain?
Gi la apim beng

Anonymous said...

PANnngan jgn risau,nanti pru 14 lu olang boleh menang,kita kasi tolong lu orang. syarat lu buat islam cala kita maa. lu jgn takut itu husam sorang tapi sudah macam sepuluh olang woo. Bagi husam aje lawan sorang2 . lu orang duduk diam 2 . zikir yg aku ajar sudahlah. hali ini lu sebut affin bank. bila mahu saman. banyak kali 2 woo. moga tuhan banyak tolong sama kamu. kalu lu rasa nak lagi baik. lu sebut al keldai 1000 kali. nannti wa bagi wang sama kamu. kalu lu bos mahu nari sama amoi pun gua kasi

Anonymous said...

hamPASampah.

Anonymous said...

Kesian...kesian...

Anonymous said...

Kesian sungguh pas

Anonymous said...

Pan tak dapat sokongan meluas sbb pemimpinnya tak berkarisma. Ketuanya pernah ada kes khalwat dgn bini orang. Berhujah tidak realistik. Reka cerita macam2 yg akhirnya makan diri.

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.