Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

PENGUMUMAN PAS KEDAH


Pas Kedah umum tanding 36 Dun, 15 Parlimen
Pas
Pas
ALOR SETAR – Pas Kedah hari ini mengumumkan parti itu akan bertanding bagi semua 36 kerusi Dun dan 15 kerusi parlimen dalam PRU14 akan datang.

Pesuruhjaya Pas Kedah Dr Ahmad Fakhruddin Syeikh Fakhrurazi berkata bagaimanapun keputusan muktamad mengenai jumlah kerusi yang akan ditandingi itu tertakluk kepada kehendak Pas pusat.

“Ia berasaskan kajian yang sedang dilaksanakan oleh pihak berkenaan dengan mengambil kira kewujudan blok Gagasan Sejahtera,” katanya selepas menghadiri majlis rumah terbuka Aidilfitri Pas di sini hari ini.

Pada PRU13, Pas bertanding bagi 24 kerusi Dun serta lapan kerusi parlimen, dan menang sembilan daripada kerusi Dun serta satu kerusi parlimen.

Dr Ahmad Fakhruddin berkata, keputusan itu juga dibuat memandangkan senario politik kini yang berbeza berbanding PRU sebelum ini, kesan pengisytiharan DAP bahawa Pakatan Rakyat telah berkubur dan tindakan PKR yang sering membelakangkan tahaluf siyasi ketika bersama Pas.

Katanya, sudah menjadi tradisi Pas untuk meletakkan calon  bagi kerusi majoriti Melayu menentang Barisan Nasional (BN), namun pada kali ini Pas akan cuba meneroka kerusi majoriti 60 peratus Melayu atau meletakkan calon Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) di kawasan yang berpotensi.

Beliau berkata Pas akan turut menampilkan calon terdiri daripada golongan profesional, sekaligus menonjolkan imej parti itu yang bukan hanya terdiri daripada kumpulan ulama atau ahli agama sahaja.

“Senarai calon yang terdiri daripada 50 peratus muka lama dan 50 peratus muka baharu telah dihantar ke Majlis Syura Ulama sebelum dimuktamadkan,” katanya.

Sementara itu, Ahmad Fakhruddin berkata Pas Kedah akan meneliti dan melihat kewajaran hukuman sebat di khalayak ramai seperti yang dilaksanakan kerajaan Pas Kelantan sekiranya ia menjadi manifesto Pas Kedah pada PRU14.

 “Kita serah kepada Jawatankuasa Manifesto itu yang akan memutuskan dan mencadangkan dan kita akan meneliti dan membahaskan manifesto berkenaan sama ada sesuai dengan suasana masyarakat  di Kedah atau tidak,” katanya.

Pada Rabu lepas, DUN Kelantan meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Enakmen Tatacara Jenayah Syariah 2002 (Pindaan 2017) yang antara lainnya membolehkan hukuman sebat dijalankan di khalayak ramai.

RUU itu turut memperuntukkan kuasa kepada pegawai penguat kuasa agama menggunakan gari ke atas suspek selain membenarkan video digunakan sebagai bahan bukti dalam perbicaraan. - Bernama

11 orang berkata:

Anonymous said...

Drp 36 tu klu menang 1 pun dah kira bagus...

Anonymous said...

Takut semua 36 tu jadi tukun jugak. 1/3 masih setia pas, 1/3 dah masuk amanah, 1/3 harum manis. Alhamdulillah.

Anonymous said...

Kedah byk geng madey, mukhriz dan mahfuz. Kalau 36 bijik kerusi plastik memang pas boleh dapat la.

Anonymous said...

36 tu nak guna lambang apa? Lambang bulan ke lambang PIGS? Bila nak buat lambang gabungan PIGS?

Calon parti cinta msia pun guna lambang bulan jugak kot?

Anonymous said...

Di Kedah potensi pas merundum teruk.
Menang satu pun dah kira ok.
Siapa pro BN rakyat tolak.
Kedah bangkit

Anonymous said...

aku ahli p@$:kedah..
org pdg serai..
ydp aku terkenal dgn kaki maki..
maki pastu minta maaf..
tuduh org kapir pastu minta maaf..
pakai jubah & serban..
yg kata kak wan tanam jirat tu ydp aku le..
kami kt sini pun dh boikot dia..
byk ajk kaw dh tarik diri sb sikap keras & dungu dia..
kt caw dia pun p@$ dh pecah dua sb dia...

Anonymous said...

Pj kedah tolong ambil action... kalau dia ni jadi calon... kami org p@$ pdg serai akn boikot p@$...

Anonymous said...

kedah bangkit.. tukar ketua.. idup ko insyaAllah sama je tersadai kat blok ni hihihi.. kat tempat aku pakatan menang(pas).. sama je pun hihi.. kedah bangkit rakyat melingkup mcm biase.. orang politik yg masyukkkk.. hihi.. bangkit taik ko la bangkit hehehe

Anonymous said...

*blog

Usop ali said...

Angan mat jenin..ada terengganu abis lingkop .ada Perak pun lingkop...ada Kedah lingkop...ni tunggu Kelantan umno ambil alih pulak...bertanding sapa.banyak sekolah pondok lagi bail bhai ooooi...

Anonymous said...

Blog lah Goblok. Ada faham

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.