Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Johor negeri masih bangsat ?

Selepas Pahang, Ada Penduduk Negeri TPM (Johor) Pula Masih Guna Air Perigi

Kluang – Adalah sesuatu yang mengejutkan apabila Sinar Harian semalam mendedahkan wujud pasangan warga emas yang sudah 40 tahun mendiami rumah hanya menggunakan air perigi bagi mendapatkan bekalan air
bersih.

Kehidupan yang serba kekurangan itu terpaksa diharungi oleh Atan Kemat, 77, dan isterinya Sapiah Gumeri, 84, dengan segala kepayahan mengepam air ke dalam bekas setiap hari.

Malangnya, perkara ini berlaku di sebuah negeri yang digelar ‘maju’ kalangan pimpinan UMNO-Barisan Nasional (BN) disifatkan hanya indah khbar dari rupa.

”Setiap hari, saya dan isteri akan menadah terlebih dahulu air perigi tersebut dan kemudian akan menyimpannya agar keladaknya yang berwarna kuning itu mendap ke bawah.

Setelah air itu jernih, baru kami gunakan,” kata Atan lagi.

Selain itu, Atan menambah ada pihak yang menabur janjiuntuk memberikannya bantuan Projek Perumahan Rakyat

Termiskin (PPRT) bagaimanapun ia tidak kunjung-kunjung tiba. Malah, apa yang menimbulkan persoalan, sebarang urusan di agensi kerajaan yang diurus oleh pihak yang tidak mahu mengambil kesempatan hanya mampu diselesaikan dalam jangka waktu yang singkat, namun apa yang berlaku adalah sebaliknya.

”Sudah lebih tiga tahun saya memohon untuk tinggal di rumah PPRT, namun janji hanya tinggal janji daripada mereka yang datang kononnya untuk membuat tinjauan tentang masalah yang saya hadapi di rumah ini.

”Sedangkan, segala urusan di JKM dan Baitulmal yang diuruskan oleh mereka yang tiada berkepentingan tidak mengambil masa lebih lima bulan untuk diselesaikan,” katanya lagi.

Pasangan warga emas masih guna air perigi


Atan bersama isterinya, Sapiah ketika ditemui di rumahnya


Air perigi inilah yang digunakan oleh Atan sekeluarga.


KLUANG - Pasangan warga emas mengakui sudah biasa menjalani hidup serba kekurangan seperti tiada saluran bekalan air bersih di rumah yang didudukinya.


Bagi Atan Kemat, 77, dan isterinya Sapiah Gumeri, 84, dengan sumber air perigi yang dipam ke dalam bekas itulah yang digunakan mereka setiap hari.


Menurut Atan, dia sudah 40 tahun tinggal di rumah tersebut yang didirikan di atas tanah pusaka keluarga isterinya, namun disebabkan tidak berkemampuan, dia tidak dapat menyalurkan air bersih melalui paip ke rumahnya.


“Setiap hari, saya dan isteri akan menadah terlebih dahulu air perigi tersebut dan kemudian akan menyimpannya agar keladaknya yang berwarna kuning itu mendap ke bawah. Setelah air itu jernih, baru kami gunakan.


“Kami sudah biasa dengan kehidupan seperti ini. Walaupun hidup serba kekurangan namun rumah kami mempunyai bekalan elektrik," katanya kepada Sinar Harian baru-baru ini.


Menurutnya, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) ada memberikan bantuan RM300 sebulan kepada isterinya, manakala dirinya mendapat bantuan RM200 daripada Baitulmal.


Sebelum ini katanya, dia pernah memohon bantuan Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) namun statusnya masih belum diperolehnya.


“Sudah lebih tiga tahun saya memohon untuk tinggal di rumah PPRT, namun janji hanya tinggal janji daripada mereka yang datang kononnya untuk membuat tinjauan tentang masalah yang saya hadapi di rumah ini.


“Sedangkan, segala urusan di JKM dan Baitulmal yang diuruskan oleh mereka yang tiada berkepentingan tidak mengambil masa lebih lima bulan untuk diselesaikan,” katanya. -SH

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.