Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

SHAHRIZAT TERSANGAT PRIHATIN TENTANG KESELAMATAN hmmmm

Shahrizat minta peruntukan lebih untuk PDRM tangani jenayah seksual

September 24, 2012
 
KUALA LUMPUR, 24 Sept — Wanita Barisan Nasional (BN) meminta kerajaan menambah peruntukan kepada pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam Belanjawan 2013 bagi membolehkan pasukan itu memperkukuhkan siasatan berhubung jenayah seksual, keganasan rumah tangga dan penderaan kanak-kanak.

Ketua Wanita BN, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata perhatian perlu diberi kepada usaha melatih lebih ramai pegawai penyiasat serta menaik taraf penyelidikan dan pembangunan, terutama peralatan terkini untuk siasatan forensik.

Dalam kenyataan hari ini, beliau juga menyarankan penubuhan pasukan polis awam selain meningkatkan rondaan berkereta dan penambahan kamera litar tertutup (CCTV).

Belanjawan 2013 akan dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak Jumaat ini, di Parlimen. — Bernama

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.