Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

BERSATU MULA DITAKUTI

Bersatu didakwa parti perkauman
 Namewee tiada dalam negara
Gambar Hiasan.
 
PRESIDEN MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai mendakwa perjuangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang mementingkan Bumiputera boleh menjejaskan perpaduan antara kaum, lapor Sin Chew Jit Poh.

"Walaupun MCA adalah parti perkauman, tetapi kami adalah sebuah parti yang memperjuangkan perpaduan pelbagai kaum. MCA telah bekerjasama dengan pelbagai parti seperti Umno dan MIC yang membuktikan MCA adalah sebuah parti yang bersifat kesederhanaan," katanya.

Menurutnya, Bersatu sukar bekerjasama dengan semua parti pembangkang kerana kedua-dua pihak tidak mempunyai sebarang persefahaman dan perjuangan yang berbeza antara satu dengan lain.

Beliau berkata, parti itu hanya mengutamakan Bumiputera dan pribumi manakala kaum lain hanya dibenarkan menjadi ahli bersekutu sahaja.

"Cara ini tidak sedikit pun dapat membantu menggalakkan keharmonian dan perpaduan kaum di negara ini," katanya kepada pemberita selepas melancarkan pertandingan klip video pendek 'Dare to Dream'  yang dianjurkan Biro Publisiti MCA.

Dalam pada itu, beliau sekali lagi menegaskan pendirian MCA tetap menolak pelaksanaan hukum hudud apabila bakal dibentangkan dalam sesi Parlimen akan datang.

"RUU persendirian yang dibawa Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang adalah hukum hudud. MCA tidak melakukan kesilapan ketika mentafsirkan undang-undang Islam ini.

"Kami tidak anti Islam dan undang-undang Islam, tetapi kami bantah RUU Abdul Hadi kerana ia boleh melanggari Perlembagaan Persekutuan," katanya.

Pasang kalis peluru di pintu kereta

Berikutan kes tembak semakin serius sejak kebelakangan ini, ramai golongan korporat mengambil langkah berhati-hati untuk mengelakkan diri daripada menjadi sasaran penembak.

Salah satu langkah yang dilakukan mereka ialah memasang pintu kalis peluru pada kereta mereka.
China Press melaporkan, jumlah kereta yang memasang kalis peluru kini dikatakan semakin hari semakin banyak walaupun kos pemasangannya cukup mahal iaitu antara 130,000 hingga 150,000 sebuah.

Difahamkan, kebanyakan pemilik kereta yang memasang kemudahan keselamatan ini terdiri daripada tokoh korporat, pengurup wang dan pengusaha kedai emas.

Bagi memasang kereta kalis peluru ini, pemilik tidak perlu memohon permit daripada Jabatan Pengangkutan Jalan kecuali barang-barang yang dipasang pada kereta terbabit perlu menerima kelulusan daripada Sirim.

Dalam pada itu, bagi sesiapa yang berminat untuk menyewa kereta jenis kalis peluru, harga yang dikenakan ialah lebih kurang RM10,000 sebulan.

Biasanya, kebanyakan menyewa kereta jenis ini adalah digunakan untuk membawa orang kenamaan dari luar negara ketika menghadiri mesyuarat penting di negara kita.

RM800 keliling 22 negara

Apabila memikirkan untuk melancong, salah satu perkara yang perlu diutamakan ialah kewangan.
Namun, ia tidak bagi wanita dari Malaysia ini kerana beliau telah membuktikan dengan hanya membelanjakan USD200 (RM800), sebanyak 22 negara telah berjaya dijejakinya.

Orientaldaily memetik kejayaannya yang disiar Daily Mail, baru-baru ini.  
Petrina Thong, 29, berkata, beliau telah menghabiskan masa lebih daripada 13 bulan untuk memenuhi impiannya mengelilingi seluruh dunia dengan kos yang paling minimum.

Pada Jun tahun lalu, Petrina hanya membawa RM800 terbang ke Stockholm, Sweden untuk memulakan pengembaraannya.

Dari situ, Pertina secara sendirian melancong ke seluruh rantau Eropah dan seterusnya ke rantau Asia dan akhirnya tiba di tanah air sendiri, bulan lalu.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.