Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

SEDANG BERENTAP


'Doakan Negaraku berkumandang di Rio'
Lee Chong Wei
Datuk Lee Chong Wei
 
JAGUH badminton negara, Datuk Lee Chong Wei meminta semua rakyat Malaysia mendoakan kejayaannya dalam pentas akhir bertemu pemain China, Chen Long, sebentar sahaja lagi. 
 
Akui beban yang dipikul sejak sekian lama semakin ringan apabila berjaya melangkah ke final semalam, pemain badminton nombor satu dunia ini berjanji akan melakukan yang terbaik demi emas pertama buat Malaysia.

“Saya akan berikan yang terbaik dan saya sedar setiap rakyat Malaysia mengharapkan saya. Saya janji tidak akan mengecewakan anda semua.

“Saya telah merasakan kekalahan dua kali sebelum ini dan kali ini saya mahukan emas bukan untuk saya, bukan untuk keluarga, bukan untuk badminton tapi untuk rakyat Malaysia,” katanya melalui satu kenyataan, hari ini.

Malam tadi, Chong Wei menumpaskan musuh tradisinya, Lin Dan dalam aksi tiga set 15-21, 21-11, 22-20 sekali gus mengesahkan tiket ke perlawanan akhir.

Beliau mengajak rakyat Malaysia berdoa agar kali ini dunia dapat mendengar lagu Negaraku berkumandang untuk pertama kali di pentas Olimpik.

“Kali ini untuk kamu, Malaysia,” katanya.

Chong Wei menyifatkan tubuhnya berada dalam keadaan terbaik ketika ini dan turun untuk bertemu Chen Long yang dijadualkan pada waktu pagi lebih baik untuknya kerana selama ini latihannya memang diadakan pada waktu pagi.

4 orang berkata:

Unknown said...

semoga berjaya

Radzi Bidun said...

semoga berjaya

IBU,FITRI SULISTIAWATI said...

Saya sekeluarga mengucapkan banyak trima kasih kepada AKI MUPENG karena atas bantuannyalah saya bisa menang togel dan nomor gaib hasil ritual yang di berikan AKI MUPENG bener-bener dijamin tembus dan saat sekarang ini kehidupan saya sekeluarga sudah jauh lebih baik dari sebelumnya itu semua berkat bantuan AKI kini hutang-hutang saya sudah pada lunas semua dan.sekarang saya sudah buka usaha sendiri. jika anda mau bukti bukan rekayasa silahkan hubungi/sms AKI MUPENG di 0852 9445 0976 insya allah angka beliau di jamin tembus dan beliau akan menbantu anda selama 3x putaran berturut-turut akan memenangkan angka togel dan ingat kesempatan tidak datang 2x,trima kasih.

Anonymous said...

LCW lebih baik drp nik abduh. LCW perak Olimpik. Nik abduh apa ada???

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.