Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

TPM DIMINTA BERSUARA


Pas minta TPM bersuara di UNSC
Nasrudin Hassan
Nasrudin Hassan

SHAH ALAM - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi diminta bersuara terhadap kekejaman yang berlaku ke atas rakyat Syria dan Palestin di Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) yang bermula Ogos depan.

Ketua Penerangan Pas Pusat, Nasrudin Hassan berkata, langkah tegas itu perlu diambil demi keadilan dan dasar kemanusiaan di kedua buah negara terbabit.

“Gambar viral seorang kanak-kanak lelaki, Omran Daqneesh yang berlumuran darah dan berdebu kerana serangan bom di Aleppo sudah cukup menjustifikasikan tindakan regim ke atas orang awam yang tidak berdosa. Malah, menurut laporan Local Coordination Committee (LCC), lebih 500 rakyat Syria terbunuh dalam tempoh tujuh hari minggu lalu.

“Hari ini, di Gaza juga sedang berlaku serangan jet tentera zionis Israel dan membedil kawasan-kawasan tertentu sehingga memusnahkan kediaman dan menyebabkan kematian orang awam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Selain itu, kata Nasrudin lagi, Zahid harus mengambil peluang untuk bersuara demi mendapatkan keadilan ke atas mangsa-mangsa pesawat MH17 yang terkorban pada Julai 2014.

“Kita tidak mahu isu perbalahan Rusia-Ukraine menenggelamkan nasib mangsa yang terkorban.

“Pra perbahasan UNSC beberapa hari lalu telah menyaksikan Rusia dan Ukraine bertikam lidah mengenai provokasi perang di wilayah Crimea, manakala laporan interim pasukan penyiasat antarabangsa MH17 yang diketuai oleh Belanda telah ditolak secara simplistik oleh Rusia,” ujarnya lagi.

Persidangan UNSC dijangka mengambil tempat di New York, Amerika Syarikat pada 22 hingga 26 Ogos ini.

Difahamkan, Ahmad Zahid selaku Timbalan Perdana Menteri akan mempengerusikan persidangan tersebut.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.